Salah satu cara menarik mengabadikan memori bersama keluarga tersayang adalah dengan menggunakan instant camera. Dengan kamera ini, anda bolehlah menyimpan gambar secara fizikal pada album atau diletakkan pada bingkai gambar.

Kamera ini juga semakin popular ditawarkan di kedai-kedai peranti dan juga dalam talian. Terdapat sejumlah pilihan instant camera yang boleh didapatkan pada hari ini dengan harga berpatutan. Berikut merupakan lima pilihan model kamera yang anda boleh pertimbangkan daripada Shopee.

1. Canon Instant Camera Mini 

instant camera
Sumber Gambar: Shopee

Kamera keluaran Canon ini tampil berbaloi oleh kerana kualiti binaan yang baik serta teknologi yang dimuatkan padanya. Rekaan yang kompak sudah pasti memudahkan anda menyimpan di dalam ruang beg. Kamera ini boleh mencetak gambar tanpa menggunakan dakwat dengan menggunakan teknologi Zink.

Selain itu, ia boleh mencetak dengan pantas dengan jumlah maksimum 10 keping kertas filem dalam satu-satu masa. Selain mencetak gambar yang ditangkap, kamera ini juga boleh menjadi printer untuk mencetak gambar yang terdapat pada peranti lain juga dengan sambungan USB yang tersedia.

Anda boleh dapatkan Canon Instant Camera Mini yang berharga RM499 di Shopee hari ini.

Beli Sekarang Canon Instant Camera Mini 

2. Fujifilm Instax Mini 40 Classic Vintage Retro

Sumber Gambar: Shopee

Kamera Fujifilm Mini 40 ini menampilkan rekaan vintaj retro yang sangat estetik dan menarik. Selain mempunyai rekaan yang lawa, model ini juga sedap untuk dipegang dan senang disimpan pada ruangan kecil. Kamera ini juga dibekalkan bateri dua bateri AA dengan kemampuan boleh mematikan kamera secara automatik selepas lima minit tidak digunakan.

Ditambah pula terdapat lensa swafoto khas yang terbina sekaligus boleh menjamin gambar potret yang diambil tampak lebih menarik dan profesional. Untuk memudahkan anda menangkap gambar yang baik, kamera ini hadir dengan ciri automatic exposure dan shutter speed yang sangat berguna sewaktu di kawasan yang gelap atau kurang cahaya.

Kini kamera keluaran Fujifilm sedia ditawarkan dengan harga RM515 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang Fujifilm Instax Mini 40 Classic Vintage Retro

3. Kodak Mini 3 Retro Instant Photo Printer

instant camera
Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, kamera ini pula tampil sebagai 2 in 1 kerana boleh menangkap gambar dan juga dijadikan sebagai pencetak gambar. Rekaannya juga sangatlah minimalis dengan binaan yang berkualiti. Kamera ini juga mempunyai teknologi untuk mencetak gambar dengan kualiti terbaik tanpa berasaskan dakwat yang dinamakan 4PASS dye.

Apa yang membuatkan kamera ini lebih mesra pengguna adalah kebolehan menghantar fail gambar secara terus menggunakan sambungan bluetooth. Kertas filemnya juga boleh didapatkan dengan harga berpatutan dengan kualiti cetakan yang terbaik. Anda boleh mencetak gambar sebanyak lapan keping menerusi sekali penggunaan.

Anda boleh dapatkan Kodak Mini 3 Retro Instant Photo Printer pada harga RM547 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Kodak Mini 3 Retro Instant Photo Printer

4. Fujifilm Instax Mini LiPlay Instax Mini Camera

Sumber Gambar: Shopee

Selaku pemain utama di dalam arena kamera, Fujifilm sedia membawakan varian kamera yang lebih canggih untuk digunakan oleh peminat fotografi. Dengan kamera ini, anda boleh memilih gambar yang disukai dari paparan skrin sebelum dicetak. Model ini juga mempunyai kad SD untuk menyimpan gambar yang ditangkap.

Selain mempunyai kamera swafoto, kamera ini turut hadir dengan mod potret dan sejumlah filter yang boleh dipilih sebelum mencetak gambar. Ditambah pula dengan sokongan bluetooth sekaligu memudahkan anda mencetak gambar yang tersimpan di dalam peranti. Bateri litium ion yang dimuatkan padanya juga boleh dicas semula.

Untuk anda yang berminat, boleh dapatkan model Mini LiPlay ini pada harga RM655 di Shopee.

Beli Sekarang Fujifilm Instax Mini LiPlay Instax Mini Camera

5. Polaroid OneStep+ i-Type Instant Camera

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, anda boleh mempertimbangkan model kamera OneStep+ yang membawakan sejumlah ciri canggih serta ditambah dengan rekaan yang cukup retro yang estetik. Tidak seperti model lain, kamera ini boleh mempunyai mod manual yang membolehkan anda mengambil gambar mengikut tetapan yang disukai.

Selain itu, kamera ini juga mempunyai dua lensa khas yang terbina untuk menjamin gambar yang diambil tidak kiralah jenis landskap atau potret akan sentiasa lebih tajam dan dan jelas. Ciri menarik lain termasuklah penggunaan aplikasi untuk mengakses pelbagai jenis mod fotografi serta beberapa tetapan kamera dengan lebih terperinci.

Anda boleh dapatkan kamera yang serba canggih ini pada harga RM809 di Shopee.

Beli Sekarang Polaroid OneStep+ i-Type Instant Camera

Bercakap dari segi harga berbaloi dengan penawaran sejumlah ciri menarikyang ditawarkan, model Fujifilm Instax Mini LiPlay Instax Mini Camera sememangnya pilihan yang terbaik. Malah, jenama Fujifilm ini sudah cukup terkenal dengan kualiti binaan dan juga gambar yang ditawarkan menerusi kamera mereka.

Diharapkan dengan senarai kamera di atas dapat memudahkan anda membuat pilihan yang terbaik. Ditambah pula ketika ini semakin banyak keluarga di luar sana yang keluar bercuti dalam masa yang sama pasti mahu mengabadikan memori terindah dengan cara yang lebih unik dan menarik untuk tatapan di kemudian hari.

Untuk menjamin keselamatan anak-anak anda semasa bercuti, ada baiknya anda mengetahui pilihan smartwatch dengan ciri GPS yang boleh didapatkan di Shopee.

5 Smartwatch Kanak-Kanak Dengan Ciri GPS Yang Boleh Didapatkan Di Shopee

5 Skuter Elektrik Terbaik Dan Mampu Milik Anda Boleh Dapatkan Di Shopee

Sumber