Sejak Apple AirPods diperkenalkan, didapati jenama-jenama lain turut cuba untuk mengikuti trend yang sama, walaubagaimanapun tidak banyak jenama yang berjaya mengatasi Apple AirPods baik dari segi inovasi mahupun mencuri perhatian pengguna secara ramai.
Sekitar awal tahun ini, Klipsch melalui model Klipsch T5 telah memperkenalkan model terbaru sebagai pencabar AirPods. Pada minggu ini, dilihat jenama ini mula menawarkan kelainan pada model keluaran mereka dengan memperkenalkan bekas terbaru yang diinspirasikan daripada jenama Zippo.
Berdasarkan rekaannya yang moden serta kualiti yang terbaik melalui jenama ini, Klipsch T5 mula ditawarkan pada harga $199 (~RM823.29) melalui laman rasmi Klipsch.