Baru-baru ini pihak Malaysia Airports ada mengeluarkan kenyataan dimana KLIA dan KLIA2 kini sedang dalam proses naik-taraf infrastruktur telekomunikasi bermula 1 Januari 2019.

Naik-taraf yang dibuat ini secara tidak langsung bakal membuatkan perkhidmatan selular di kedua-dua lapangan terbang ini mengalami sedikit masalah untuk diakses. Berdasarkan perkongsian Malaysia Aiports, difahamkan proses naik taraf ini bakal berlanjutan sehingga tiga bulan iaitu sepanjang Januari, Februari dan juga Mac.

Dalam pada itu, pihak Malaysia Airports telah menawarkan altenatif buat para pengguna untuk kekal berhubung dengan menyediakan Airport Wifi secara percuma. Buat anda atau rakan anda yang bakal ke KLIA atau KLIA2 tidak lama lagi, diharap anda bersedia dengan masalah yang berlaku ini.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.