Malaysia pada hari ini telah menyaksikan jumlah kes jangkitan Covid-19 yang kian meruncing. Setakat ini Malaysia berada di fasa pemulihan yang memerlukan perhatian terperinci terutamanya kepada individu yang mempunyai kontak rapat atau baru pulang dari negara luar.

Memetik daripada Utusan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia menjalankan projek perintis gelang pengawasan elektronik bagi memantau pergerakan pesakit Covid-19 yang menjalani kuarantin di rumah. Setakat ini, ia telah melibatkan 1,000 individu sebelum diperluaskan dan secara keseluruhan akan membabitkan 30,000 individu lain.

vocket-tech-news-peranti-1
Sumber Gambar: Youtube

Peranti elektronik RFID ini bakal menggantikan gelang jenis plastik berwarna jambu danĀ  buat peringkat permulaan ia bakal meliputi pemgembara luar yang tiba di Malaysia dan kontak rapat bergejala sahaja. Peranti ini hadir dengan teknologi GPS, GPRS dan RFID untuk menjejak lokasi dan status pemakai secara langsung.

Kehadiran peranti ini dapat memberikan pengesanan yang lebih berkesan serta merekod maklumat kesihatan secara digital pada setiap hari. Usaha ini disambut baik memandangkan ia bakal memudahkan pemantauan setiap individu terbabit sekaligus dapat membendung jangkitan ini daripada merebak ke tempat lain.

Sebelum ini, seorang wanita yang memakai gelang ‘pink’ didapati telah mengingkari perintah kuarantin dengan melawati kawasan awam secara sengaja.

https://www.thevocket.com/selamba-tayang-beli-barangan-pakai-gelang-pink-tindakan-wanita-ini-buat-netizen-tidak-senang/

https://www.thevocket.com/tular-pakai-gelang-pink-masih-bekerja-di-tapak-pembinaan-ini-penjelasan-dg-hisham/

Sumber