NFT nampaknya semakin mendapat tempat dan berjaya menarik syarikat besar untuk turut serta dalam pasaran NFT semasa. Kini penawaran NFT oleh syarikat besar atau pun kedai makan tempatan sudah menjadi perkara biasa dan ramai orang boleh menikmati sejumlah kelebihan menerusinya.

Terbaharu, KFC Malaysia juga sedia menyertai arena NFT dan menawarkan sebanyak 11 NFT eksklusif menerusi laman OpenSea bermula hari ini. Sebanyak lapan NFT sudah pun ditawarkan dalam bidaan, sementara tiga lagi koleksi NFT akan ditawarkan menerusi peraduan.

Sumber Gambar: 1media.my

Sementara itu, KFC mengatakan pemegang NFT ini akan menerima kod promo bulanan yang boleh digunakan dalam aplikasi pembelian pada aplikasi KFC. Kod promo ini bernilai RM20 setiap bulan sehingga 12 baucar keseluruhan sepanjang tempoh promosi ini.

KFC menambah lagi yang mana promosi koleksi NFT ini juga adalah terhad sehingga 30 Jun 2023 sahaja. Secara kasarnya, setiap satu karya NFT yang ditawarkan pada harga bidaan bermula 0.08 ETH bersamaan RM820 berdasarkan pertukaran semasa.

Sekiranya anda berminat dengan koleksi NFT eksklusif  ini, bolehlah kunjungi laman khusus yang disediakan oleh KFC Malaysia bersempena kempen terbaharu ini. Untuk anda yang mahu membida NFT ini, kini masih tersedia di laman OpenSea sehingga 16 May kelak.

Sebelum ini, Myendong Topokki di Sky Avenue, Genting melancarkan restoran berkonsepkan NFT bersama beberapa kelebihan unik buat pelanggannya.

MyeongDong Topokki Lancarkan Restoran Berkonsepkan NFT Di Sky Avenue, Genting

STFU, Projek NFT Tempatan Yang Menawarkan Utiliti Penginapan Resort Di Langkawi

Sumber