Pada hari ini semakin banyak urusan sudah menggunakan platform seperti Google Doc untuk urusan seharian. Namun, sebahagian daripada kita mungkin masih tidak mengetahui cara masukkan tandatangan digital pada Google Doc yang mana jadi altenatif kepada Google Word.
Dengan tandatangan yang ditambah, dokumen tersebut kelihatan lebih menyakinkan dan juga tampil rasmi. Malah, tandatangan ini juga bakal menjadi jaminan kepada kesahihan yang fail tersebut adalah milik anda. Oleh itu, mari kita pelajari salah satu cara masukkan tandatangan digital pada Google Doc yang mudah.
1. Pertama sekali, buka dokumen menggunakan Google Doc.
2. Pilih menu Insert .
3. Klik Drawing > New untuk mencipta tandatangan digital baharu.
4. Pada bahagian Lines pula, pilih Scribble.
5. Selepas itu, lukiskan tandatangan anda pada layar menggunakan tetikus ataupun peranti menulis yang tersedia pada PC digunakan.
6. Sebaik sudah selesai, klik pula Save and Close untuk menyimpan tandatangan digital yang baru dicipta.
Untuk makluman, anda boleh juga boleh menyunting tandatangan tersebut yang merangkumi saiz, posisi tandatangan dan sebagainya. Selain menggunakan komputer, anda juga boleh mencipta tandatangan digital ini pada tablet atau iPad yang biasa digunakan malah dilihat lebih mudah kerana boleh dibentuk dengan jari.
Menariknya, anda juga boleh memautkan tandatangan yang dicipta pada Google Drive kemudian boleh digunakan pada dokumen-dokumen lain dengan mudah menerusi Docusign. Di samping itu, anda turut boleh melaraskan saiz tandatangan mengikut kesesuaian ruangan yang disediakan pada sesuatu fail.
Diharapkan dengan tutorial cara masukkan tandatangan digital pada Google Doc ini boleh memudahkan anda menandatangan sesuatu fail selepas ini. Ditambah pula pada saban hari banyak urusan yang beralih ke arah digital sekaligus memerlukan anda untuk menandatangan secara digital.
Selain itu, kami juga sudah kongsikan cara menambah tandatangan di Gmail untuk tampak lebih profesional dan menarik.
Tampil Lebih Menarik Dan Professional, Ketahui Cara Tambah ‘Signature’ Di Gmail
Semudah Ikuti 5 Langkah Mudah, Ini Caranya Menukar Nama Pada Gmail Untuk Tampak Profesional