Antara perkara yang penting di dalam sesebuah kandungan video sudah semestinya mempunyai sari kata. Bagaimanapun, masih ramai tidak tahu cara menambah sari kata video dengan mudah menggunakan aplikasi suntingan sahaja.
Menerusi perkongsian akaun TikTok @cikguseo, beliau mengajar cara menambah sari kata video menggunakan aplikasi Capcut. Aplikasi suntingan ini menyediakan satu ciri yang dikenali sebagai auto caption di mana mampu menghasilkan sari kata secara automatik. Anda boleh pelajari dengan mengikuti tutorial seperti di bawah.
1. Pergi ke aplikasi Capcut yang dimuat turun.
2. Pilih mana-mana video yang mempunyai suara yang jelas anda dan tekan Add.
3. Kemudian, klik pada Text yang terletak di bahagian bawah menu.
4. Lalu, tekan pula Auto Caption dan ia bakal memaparkan menu untuk memilih sama ada mahu menambah sari kata berdasarkan audio asal iaitu original sound atau suara tambahan iaitu voiceover atau kedua-keduanya sekali.
5. Pilih bahasa Indonesia pada bahagian Select language terlebih dahulu sebelum disunting secara manual kerana tiada sari kata untuk Malaysia setakat ini. Seterusnya, klik Continue untuk meneruskan proses penambahan sari kata tersebut.
6. Tunggu seketika untuk aplikasi memproses kesemua audio di dalam video tersebut. Selepas siap, anda bakal melihat terdapat teks sari kata yang sudah ditambah pada babak-babak video yang berjaya dikesan secara automaik.
7. Akhir sekali, anda boleh menukar sari kata tersebut kepada yang lebih mudah difahami oleh penonton dan terdapat juga pilihan font dan rekaan teks yang boleh digunakan mengikut citarasa masing-masing. Selepas itu, anda bolehlah simpan video versi sari kata tersebut pada peranti yang digunakan.
Selain dapat memudahkan para penonton memahami video anda, ia juga boleh memastikan kandungan video anda ditonton sehingga habis terutamanya sewaktu melakukan tugasan. Hal ini kerana penonton boleh melihat video anda tanpa perlu memasang audio untuk lebih fokus kepada kerja yang dilakukan.
@cikguseo cara buat auto caption untuk video anda #jombelajar #learnontiktok #tiktokguru #cikguseo
Diharapkan dengan mengetahui cara menambah sari kata pada video sekaligus boleh meningkatkan jumlah tontonan pada konten yang disiarkan serta menarik lebih ramai pengguna baharu mengikuti anda. Ditambah pula dengan kandungan video kini sudah menjadi satu sumber utama dalam mempromosikan produk mahu pun bakat terpendam anda.
Selain menawarkan ciri sari kata pada video, anda juga mesti mengetahui cara menstabilkan video bergerak menerusi aplikasi CapCut juga.
Cara Mudah Stabilkan Video Bergegar Menerusi Aplikasi CapCut Sahaja
Ini Cara Color Grading Dengan Betul Pada Video Untuk Tampak Lebih Hidup Dan Menarik