Produktiviti anda pasti terganggu sekiranya dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp asing secara tiba-tiba. Untuk elak dari berterusan, terdapat cara halang nombor asing daripada memasukkan anda ke dalam sesuatu kumpulan.

Boleh dikatakan individu yang biasa menarik masuk anda ke dalam kumpulan WhatsApp terdiri daripada skim cepat kaya atau pun tawaran pekerjaan yang mencurigakan. Oleh itu, mari kita pelajari cara halang nombor asing daripada memasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp tanpa kebenaran.

Cara halang nombor asing daripada masukkan anda ke dalam WhatsApp Groups

1. Pertama sekali, anda melog masuk ke aplikasi WhatsApp.

2. Kemudian, klik pada titik tiga yang terletak di penjuru atas kanan lalu tekan pula Settings.

Sumber Gambar: WhatsApp

3. Pada bahagian Settings, anda teruskan dengan klik pada Account untuk mengakses ciri sekuriti akaun WhatsApp sendiri.

cara halang nombor asing
Sumber Gambar: WhatsApp

4.  Seterusnya, tekan pula Privacy.

Sumber Gambar: WhatsApp

5. Selepas itu, skroll ke bawah sehinggalah terpapar tab tetapan Groups lalu klik padanya.

cara halang nombor asing
Sumber Gambar: WhatsApp

6. Di sini, anda bakal melihat tetapan akses siapa yang boleh memasukkan anda ke dalam kumpulan. Pada asalnya, semua orang boleh memasukkan anda walaupun tidak mengenali. Oleh itu, anda perlu menetapkan semula dengan memilih My contacts iaitu kenalan rapat sahaja.

cara halang nombor asing
Sumber Gambar: WhatsApp

7. Akhir sekali, klik Done untuk menyimpan tetapan baharu.

Sumber Gambar: WhatsApp

Selain menetapkan hanya senarai kenalan yang boleh memasukkan anda ke dalam sesuatu kumpulan  secara terus, anda juga boleh menghalang sesetengah individu daripada boleh berbuat sedemikian menerusi My contacts excepts. Anda hanya perlu menandakan individu tersebut lalu simpan tetapan baharu.

Sekiranya anda sudah berada di dalam kumpulan WhatsApp yang mencurigai, anda diminta untuk keluar secepat mungkin dan membuat laporan tentang kumpulan tersebut kepada WhatsApp. Dalam masa yang sama, anda perlu menghalang nombor asing yang memasukkan anda ke dalam kumpulan itu atau pun yang cuba menghubungi.

Diharapkan dengan tutorial ini boleh menghalang individu-individu asing daripada memasukkan ke dalam sesuatu Groups tanpa kebenaran. Langkah berjaga ini perlu diambil agar anda tidak menjadi manga penipuan dan juga boleh menjaga keselamatan nombor peribadi daripada diakses oleh scammer.