Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat semakin ramai individu yang mulai menjalankan perniagaan secara dalam talian. Menerima jumlah tempahan yang tinggi khususnya melalui platform seperti Shopee turut mendesak pengguna untuk mencetak salinan pengeposan.

Menerusi video yang tular di  TikTok baru-baru ini, terdapat seorang pengguna iaitu @zzkrh_ yang mengongsikan sebuah mesin mini thermal printer di mana pengguna boleh mencetak kertas dengan melalui sebuah mesin pencetak yang comel.

Untuk makluman semua, mesin pencetak ini menggunakan haba bagi menghasilkan gambar atau tulisan pada kertas. Apa membezakan mesin pencetak ini dengan yang lain adalah mesin ini tidak memerlukan dakwat serta datang dalam saiz yang kompak.

Fungsi yang tersedia pada mini thermal printer

Mini thermal printer ini boleh menghasilkan label produk, kod bar, gambar dan resit secara langsung melalui telefon pintar sahaja. Terdapat kertas yang khusus untuk pencetakan iaitu kertas thermal.

Kertas ini mempunyai ketahanan yang tinggi untuk memastikan setiap bahan cetakan berada dalam keadaan baik pada jangka masa panjang. Menariknya, pengguna boleh memilih sama ada ingin jenis pelekat boleh digunakan sebagai label atau yang biasa bagi kegunaan resit atau invois.

mini thermal printer
Sumber Gambar: Youtube

Majoriti mesin pencetak jenis ini hadir dengan bateri berkapasiti besar serta boleh dicas semula menggunakan kabel mikro USB. Rekaan yang kompak dapat memudahkan ia dibawa ke mana-mana.

Pengguna boleh menghubungkan telefon pintar dengan printer ini melalui sambungan Bluetooth dengan mudah sahaja. Tambahan pula, kemampuan pencetakan dalam kuantiti yang banyak pada satu-satu masa boleh dimanfaatkan oleh pengguna yang sering menerima bungkusan hantaran atau resit jualan yang banyak.

mini thermal printer
Sumber Gambar: Github

Menerusi aplikasi yang disediakan, pengguna boleh mengakses pelbagai fungsi untuk ubah kandungan bahan yang ingin dicetak. Pengguna boleh tukar font, saiz, crop, rotate dan sebagainya.

Menariknya, proses pencetakan berlaku tanpa sebarang bunyi yang secara tidak langsung anda boleh berurusan di mana-mana sahaja. Hanya satu warna asas sahaja yang tersedia iaitu hitam yang dikira sudah memadai untuk kegunaan bisnes.

Dari segi harga pula, ianya bergantung kepada syarikat yang menghasilkannya memandangkan terdapat perbezaan kualiti produk serta fungsi yang disediakan.

https://www.tiktok.com/@zzkrhx_/video/6985461334422932762?_d=secCgYIASAHKAESMgowwRM771qMJFrqztho7fu1JG1rl9jYHt54CaKTddxbs11d8w%2BgVCbOL6WRmeJA4N%2BRGgA%3D&language=en&mid=6985461348385721114&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAQAqjhwlhEGgDC71GCqVmj7FgpHnxXYyRNSW0CFMv-e7SInOnZ0gG1KeAFyz5O9De&share_app_name=tiktok&share_item_id=6985461334422932762&share_link_id=b2ded184-145f-4ea9-8721-801c7ff96586&source=h5_t&timestamp=1626580597&u_code=dgahe6ggcmdkcb&user_id=6913364787288687618&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1

Sekiranya anda berminat untuk memiliki sebuah mini thermal printer untuk kegunaan bisnes, anda boleh klik mendapatkannya di Shopee yang menawarkan pelbagai jenis model pada harga serendah RM18 sehingga RM198 sahaja.

Anda juga boleh mendapatkan meja berdiri elektrik paling murah di pasaran Malaysia dengan klik pautan di bawah. 

Demi WFH, Lelaki Ini Hasilkan Meja Berdiri Elektrik Paling Murah Di Pasaran Malaysia

Berharga RM27,000, Kenali Kerusi Gaming Cockpit Yang Viral Di TikTok Ini