Baru-baru ini Instagram hadir dengan trend baharu yang mana dihujani dengan sticker yang disebut sebagai NGL. Selain menawarkan ciri bertanya soalan yang serba unik ini secara percuma, sebenarnya pihak NGL boleh menjana pendapatan yang lumayan.

Pautan NGL ini bukanlah ciri yang tersedia oleh pihak Instagram sendiri tetapi ia datang daripada aplikasi pihak ketiga. Aplikasi ini menarik perhatian para pengguna di platform Instagram untuk mencubanya. Oleh itu, mari kita kenali dengan lebih dekat aplikasi NGL tersebut dan bagaimana ia boleh menjana pendapatan.

Kenali Aplikasi NGL: anonymous q&a

Sumber Gambar: Aplikasi NGL

Aplikasi NGL ini telah dilancarkan pada November 2021 yang mana dikembangkan oleh DeepMoji iaitu sekelompok pembangun kecil yang berpangkalan di Venice Beach, Amerika Syarikat. Nama NGL ini diambil daripada perkatan ‘Not gonna lie’ yang membawa maksud tidak akan menipu.

Sesuai dengan namanya, pautan NGL di Instagram ini ditujukan untuk menjadi medium agar para penggunanya boleh meluahkan perasaan atau berkongsi pandangan dengan berani dan jujur tanpa dihakimi. Konsep yang dibawakan mirip seperti platform Secreto yang boleh diakses menerusi pelayar.

ngl jana pendapatan
Sumber Gambar: The Teal Mango

Pengguna boleh saling berkirim pesanan rahsia tanpa perlu mendedahkan identiti mereka. Oleh itu, ramai pengguna yang menggunakan aplikasi tersebut untuk mengetahui sesuatu perkara yang diingini dengan lebih jujur daripada rakan sebaya mereka tanpa ketahui identiti. Sasaran aplikasi ini adalah untuk pengguna internet yang meningkat remaja dan tech savvy.

Cara aplikasi NGL jana pendapatan

Sumber Gambar: Aplikasi NGL

Memang tidak disangkal anda boleh menggunakan ciri pautan tersebut secara percuma sahaja, pihak pembangun masih boleh menjana pendapatan untuk terus beroperasi dalam menawarkan aplikasi berkenaan.

Antara sumber pendapatan adalah dengan menawarkan pilihan tambahan untuk melihat siapa yang menghantar sesuatu mesej menerusi versi Pro. Untuk pasaran Malaysia, anda perlu membelanjakan RM44.90 seminggu untuk mengakses eksklusif petunjuk kepada identiti penghantar mesej yang diterima.

ngl jana pendapatan
Sumber Gambar: Aplikasi NGL

Dengan jumlah pengguna yang kian meningkat pada saban hari, mereka hanya perlukan sebahagian kecil pengguna di seluruh negara melanggan ciri eksklusif tersebut untuk menjana pendapatan lumayan. Selain itu, pihak NGL juga ada mengatakan setiap maklumat yang didaftarkan akan digunakan oleh mereka untuk pelbagai tujuan.

Menerusi laman polisi, pihak NGL telah menerangkan berkenaan sejumlah maklumat pengguna seperti alamat e-mel, kenalan, demografi, maklumat kad kredit atau debit dan sebagainya akan digunakan untuk tujuan pemasaran. Maklumat yang diterima kemudian akan ditawarkan kepada pihak pengiklan yang berminat.

Sumber Gambar: Appfigures

Selain daripada itu, jumlah muat turun yang banyak juga boleh menjana pendapatan tambahan buat para pembangun. Sejak minggu lalu, NGL telah berjaya muncul sebagai aplikasi teratas di carta menerusi App Store di Amerika Syarikat. Aplikasi ini dijangka akan menerima jumlah muat turun mencecah 3 juta.

Setakat ini, NGL jana pendapatan daripada jumlah muat turun di platform Google Play Store dan App Store sudah mencecah $375,000 sekitar RM1.6 juta. Ditambah pula mereka mempunyai rating yang baik pada kedua-dua platform berkenaan membuatkan lebih banyak pengiklan sanggup membayar mereka untuk mendapatkan servis mereka.

Konklusinya, aplikasi NGL yang percuma ini memang mampu menjana pendapatan yang lumayan menerusi beberapa sumber. Difahamkan mereka bakal mengembangkan lagi fungsi aplikasi mereka agar lebih menyeronokkan dalam masa yang sama menarik lebih ramai pengguna baharu menerusinya.

Sebelum ini, wujud Challenge Add Yours yang pernah trend yang mana telah mendorong kepada salah guna maklumat pesertanya.

Bahaya Sertai ‘Challenge Add Yours’ Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu

Bahaya Aplikasi ‘FaceApp’ Yang Anda Mungkin Tidak Tahu