Kesemua Apple iPhone Keluaran Tahun Ini Cuma Dilengkapi Dengan RAM 4GB

Sekiranya anda pernah menonton aturcara pelancaran Apple iPhone, pastinya anda cukup tahu dimana Apple sebolehnya tidak mahu mengumumkan jumlah RAM yang disertakan pada model keluaran terbaru mereka.

‘Rahsia’ jumlah RAM bagi ketiga-tiga Apple iPhone keluaran tahun ini akhirnya diketahui menerusi aplikasi AnTuTu yang mengongsikan prestasi processor dan spesifikasi telefon pintar secara terperinci.

sumber: GSMarena

Berdasarkan keputusan yang dikongsikan, difahamkan iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max masing-masing dilengkapi dengan RAM 4GB. Ramai yang menyangka Apple bakal menyertakan RAM sehingga 6GB namun Apple cuma menyertakan RAM 4GB sahaja.

Malah bagi termahal iPhone pada kali ini iaitu Apple iPhone 11 Pro Max dengan storan 512GB yang ditawarkan dengan harga RM6,899 juga turut disertakan dengan jumlah RAM yang sama.

Sumber:BGR

Berdasarkan perbandingan berbanding model tahun lepas iaitu iPhone XS, iPhone keluaran tahun ini berjaya mempamerkan prestasi 28% lebih hebat. Melihat kepada peningkatan spesifikasi dan prestasi yang tidak begitu besar, pastinya kurang berbaloi buat pengguna iPhone XS untuk beralih kepada iPhone 11 Pro selain daripada peningkatan yang besar dari segi kamera.

Kami kongsikan kepada beberapa lagi artikel berkaitan produk terbaru Apple. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

https://www.thevocket.com/segalanya-anda-perlu-tahu-mengenai-iphone-11-11-pro-dan-11-pro-max/

https://www.thevocket.com/apple-ios-13-bakal-ditawarkan-buat-pengguna-bermula-20-september-ini/

https://www.thevocket.com/apple-airpods-ditawarkan-dengan-harga-rm629/

Sumber
Exit mobile version