Sehingga ke hari ini, telefon pintar Android masih belum menandingi iPhone dari segi kemas kini untuk tempoh masa yang lama. Hal ini sekaligus menjadikan sebahagian peranti Android menjadi kurang relavan selepas beberapa tahun ia dikeluarkan.

Perkara ini secara tidak langsung mendorong kepada masalah lambakan sisa buangan elektronik. Kesatuan Eropah (EU) mahu mengatasi masalah tersebut dengan melaksanakan draf perundangan baharu. Menerusinya, pengeluar dikehendaki menyokong sesebuah peranti Android untuk tempoh yang lama dan menawarkan kemas kini perisian bersama.

Sumber Gambar: Tech Advisor

Untuk peranti Android pada masa kelak, pihak EU telah menetapkan perlu menerima sekurang-kurangnya tiga tahun kemas kini utama versi Android dan sehingga lima tahun kemas kini sekuriti. Buat masa ini, perundangan baharu ini masih di dalam peringkat draf.

Apa yang pasti, tindakan tersebut akan mendorong pihak pengeluar telefon pintar Android untuk menyertakan sokongan perisian yang lebih bagus dalam tempoh yang lama dengan bermula di Eropah. Hal ini memberikan kesan positif kepada pasaran global.

Untuk iPhone pula, Kesatuan Eropah sudah menggesa Apple untuk menggunakan USB-C pada model telefon pintar yang terbaru.

Kesatuan Eropah Gesa Apple Untuk Menggunakan USB-C Pada Model iPhone Terbaru

iPhone Mungkin Hadir Tanpa Port Pengecas Selepas Ini Disebabkan Polisi Baharu Eropah