Parlimen Kesatuan Eropah sudah membahaskan polisi baharu yang mana mewajbkan setiap syarikat pengeluar untuk menyeragamkan sistem pengecasan pada peranti sejak tahun lalu lagi. Hal ini kerana kerisauan terhadap peningkatan pembuangan hasil sisa elektronik pada saban hari.

Terbaharu, Parlimen Kesatuan Eropah (EU) sudah pun bergerak selangkah lebih dekat untuk memaksa Apple menggunakan port USB-C pada iPhone, iPad dan AirPod di Eropah. Cadangan ini telah menerima sokongan padu daripada majoriti anggotanya iaitu 43 buah negara dan hanya dua negara yang menentang.

Sumber Gambar: iDrop News

Untuk makluman, polisi baharu ini bakal memastikan setiap peranti yang ditawarkan di negara-negara di bawah Kesatuan Eropah perlu menggunakan wayar pengecas jenis USB-C. Tujuan pihak EU menetapkan pelarasan polisi pengecas yang baharu disebabkan mahu menjaga alam sekitar serta menggurangkan pembaziran terhadap pengguna.

Polisi baharu ini sudah pasti sedikit sebanyak bakal menjejaskan perancangan penawaran produk Apple kelak. Walaupun polisi ini masih belum dimuktamadkan lagi, Apple mungkin sedang mencari solusi dalam menawarkan produk-produknya di dalam negara-negara Kesatuan Eropah.

Baru-baru ini, Apple juga telah dikenakan saman oleh mahkamah Brazil kerana tidak menyertakan pengecas bersama iPhone yang dijual.

Ekoran Tidak Sertakan Pengecas, Apple Diarahkan Bayar Denda Sebanyak RM4,656 Kepada Seorang Lelaki Brazil

Gara-Gara Tidak Tawarkan Pengecas Bersama iPhone 12, Apple Sekali Lagi Disaman Di China