Anda masih ingat kehadiran pasukan bola sepak Malaysia didikan Karl Heinz Weigang menumpaskan pasukan Korea Selatan dan berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik buat kali kedua pada Temasya Moscow 1980 suatu ketika dulu?
Masa itu, semangat patriotik yang ada dalam diri terus memuncak dan mekar ke seluruh tanah air. Sorakan kegembiraan daripada rakyat Malaysia juga kedengaran tanpa henti. Namun, malangnya bukan semua orang mampu merasai kejayaan itu.
Mereka yang kelainan upaya terutamanya, hanya mampu mendengar dan tidak dapat melihat situasi sebenar ketika Malaysia menjulang kejayaan yang mencatat sejarah itu. Namun, kini satu inovasi hebat berjaya dihasilkan bagi membolehkan OKU penglihatan merasai situasi ketika itu.
OKU penglihatan juga ada hak
Kami gembira untuk berkongsi dengan anda iklan Digi sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini, apabila Ketua Digital IT Digi, Anwar Ishak bertanyakan soalan tentang bagaimana OKU penglihatan yang menggemari sukan bola sepak menyaksikan perlawanan kepada Ketua Jurulatih Pasukan Bola Sepak Orang Buta Negara, Sunny Shalesh.
Kata Sunny, mereka akan membawa mereka ke stadium seperti biasa dan bersorak sebagai rakyat Malaysia bersama penonton lain biarpun kekurangan upaya kerana mereka mempunyai hak untuk berada di situ.
James Wong penjaring gol paling tak dapat dilupakan
Selain Sunny, dalam iklan Digi sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini turut memaparkan beberapa Pemain Bola Sepak Orang Buta Negara seperti Azril, Azuan Abdul Rashid dan Amirul Arif.
Bila ditanya tentang detik paling bersejarah dalam sejarah bola sepak, masing-masing serentak menjawab “Bila Malaysia masuk Olimpik”. Malah, penjaring gol yang merupakan wira Sabah dan Malaysia, James Wong turut tersemat dalam hati mereka.
Cipta prototaip pertama dunia
Bagi merealisasikan impian mereka yang ingin merasai kehangatan sebenar permainan bola sepak pada tahun 1980 dulu, Digi bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini mencipta peranti yang boleh membantu mereka menunjukkan arah posisi bola selama 90 minit permainan.
Pengarah Teknikal Projek, Ang Tee Chian berkongsi, pasukannya mengambil masa selama sebulan bagi merealisasikan impian itu. Ternyata, setiap titik peluh memberi makna kerana prototaip yang digelar FOOTBRAILLE ini merupakan inovasi pertama dunia.
Bagaimana prototaip ini berfungsi? Menurut Tee Chian, terdapat bola mekanikal kecil yang bergerak dan memberitahu di mana posisi bola sepanjang permainan. Menarik kan?
Lihat bagaimana FOOTBRAILLE berfungsi
Amacam? Hebat atau tidak? Tak sangka mereka boleh ‘jumpa’ penjaring gol yang menjadi wira Malaysia suatu ketika dahulu kan? Sebak kami dibuatnya.
Selepas menonton iklan FOOTBRAILLE: Projek Oleh Digi sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini, apa pendapat anda tentang inovasi yang dihasilkan Digi ini? Tinggalkan pendapat anda di ruangan komen nanti.
Selamat Hari Merdeka dan Hari Malaysia daripada Vocket. Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih!