Kerajaan Umum Penawaran Internet 1GB Percuma Setiap Hari Sehingga 31 Disember 2020

Mulai diumumkan pada 27 Mac lalu dalam menawarkan pas internet percuma 1GB buat kesemua syarikat telekomunikasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), nampaknya pelan ini bakal diteruskan kerajaan sehingga 31 Disember 2020 menerusi pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek sebentar tadi.

Seperti sebelum ini, penawaran internet percuma ini bakal ditawarkan bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang dalam memberi kemudahan kepada rakyat dalam mengakses internet sehingga akhir tahun ini.

Sumber: Fortune

Tambahnya lagi, penawaran internet ini bakal membolehkan para pengguna manfaatkannya untuk bekerja dari rumah serta mendapatka info serta berita mengenai wabak COVID-19.

Setakat ini, syarikat-syarikat yang menawarkan pelan data percuma 1GB sejak mulai diumumkan adalah daripada syarikat Maxis, Celcom, Digi, TM dan U-Mobile.

Ketahui lebih lanjut mengenai cara-cara untuk mengaktifkan internet percuma 1GB sepanjang tempoh PKP berlangsung. 

https://www.thevocket.com/ini-caranya-untuk-aktifkan-internet-percuma-1gb-sepanjang-tempoh-pkp/

https://www.thevocket.com/pas-my30-serendah-rm1-sehari-dan-kredit-e-wallet-rm50-oleh-kerajaan-jadi-tumpuan-netizen/

 

Exit mobile version