Perlaksanaan 5G seperti yang dirancangkan masih dalam perbincangan di antara pihak DNB bersama syarikat telekomunikasi sebelum ditawarkan secara komersial kepada umum. Oleh itu, harga penawaran perkhidmatan 5G masih menjadi tanda tanya di kalangan pengguna tempatan.

Dalam menjawab persoalan tersebut, TS Annuar Musa telah menyatakan bahawa kerajaan menyasarkan penawaran harga perkhidmatan rangkaian 5G lebih murah berbanding dari 4G. Hal ini kerana DNB selaku firma tunggal untuk pengurusan infrastruktur 5G di Malaysia yang sekaligus dapat menggurangkan kos operasi dan lebih efisien.

Sumber Gambar: MashableSEA

Selain itu, kerajaan juga tidak mengambil pendekatan lelongan yang mana bakal menyebabkan kos yang dicaj kepada pengguna menjadi tinggi. Setakat ini, masih belum diketahui bagaimana syarikat telekomunikasi bakal menawarkan perkhidmatan 5G dengan lebih murah seperti yang diperkatakan oleh kerajaan.

Boleh jadi syarikat telekomunikasi bakal menawarkan harga pelan yang lebih mampu milik ataupun penawaran data lebih besar bersama perkhidmatan tambahan baharu. Selari dengan program JENDELA, perkhidmatan 5G bakal ditawarkan seawal Disember 2021 di sekitar Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya.

Di samping itu, syarikat DNB turut menyasarkan kelajuan 5G dengan minimum 100Mbps menjelang akhir tahun ini.

DNB Menyasarkan Kelajuan 5G Sekurang-Kurangnya 100Mbps Pada Akhir Tahun Ini

Penduduk Sekitar Kuala Lumpur Berpeluang Menikmati Rangkaian 5G Seawal Akhir Tahun Ini

Sumber