Pada hari ini semua orang boleh mengakses pelbagai konten menarik menerusi platform penstriman seperti Netflix, HBO Max dan seumpamanya. Sejumlah konten antarabangsa daripada tajuk terkemuka yang boleh ditonton tanpa sebarang sekatan kandungan sensitif di platform berkenaan.

Terkini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, TS Annuar Musa sedang mengkaji semula undang-undang bagi membolehkan pihak berkuasa memantau dan mengawal kandungan perkhidmatan penstriman seperti Netflix.

kerajaan menyekat kandungan sensitif
Sumber Gambar: No Film School

Mengikut undang-undang yang sedia ada, ia masih tidak boleh digunakan kepada mereka yang menyediakan perkhidmatan penstriman dan juga syarikat yang beroperasi di luar negara. Difahamkan cabaran ini bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi di banyak negara, oleh itu kerajaan sedang mencari jalan untuk melakukannya.

Hal ini menjadi perhatian kerana penawaran konten yang mengandungi pelbagai unsur sensitif termasuklah transgender, gay, lesbian dan sebagainya di Netflix.  Setakat ini, kementerian hanya boleh menjalankan program kesedaran untuk mendidik orang ramai membuat keputusan yang lebih rasional terhadap kandungan yang mereka langgan.

Sumber Gambar: Screen Rant

Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat rancangan berkenaan yang dianggap “terlalu sensitif”, kementeriannya akan berurusan bersama penyedia perkhidmatan dengan tujuan meminta mereka menyemak penyiaran kandungan terlebih dahulu sebelum ditayangkan di Malaysia.

Netflix juga sudahpun mengesyorkan umur yang bersesuaian untuk semua kandungannya dan juga kawalan ibu bapa dengan kata laluan untuk menghalang kanak-kanak daripada menonton rancangan yang ditujukan kepada orang dewasa. Ini bermaksud ibu bapa perlu mengambil langkah yang lebih proaktif untuk memantau konten anak-anak mereka.

Selain Netflix, anda juga boleh mencuba aplikasi Nurflix yang menawarkan konten yang lebih beradab dan berpengetahuan untuk tontonan semua lapisan umur.

Aplikasi Nurflix 2.0 Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Pada 10 Ogos Akan Datang

TheNoor Hadir Dengan Fungsi Penghantaran Wang Antarabangsa Dan Pelan Perlindungan Takaful

Sumber