Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, kerajaan pada hari ini menerusi JPN mengumumkan perancangan untuk menawarkan Identiti Digital Nasional (IDN) sebagai pelengkap kepada MyKad dalam dunia digital menjelang April 2024.
Difahamkan proses untuk menawarkan IDN telah dimulakan termasuk dari segi perancangan pembangunan, perundangan serta intergrasi antara jabatan kerajaan, swasta dan sebagainya namun masi lagi di peringkat awal.
Penggunaan IDN Ini dijangka bakal dipadankan bersama MyKad dalam memudahkan pengguna mengesahkan identiti menerusi fungsi-fungsi yang bakal ditawarkan.
Diharapkan dengan adanya IDN kelak, urusan melibatkan agensi kerajaan, swasta mahupun kewangan dapat diuruskan dengan lebih efisien bersesuaian dengan perkembangan teknologi semasa.
Sama-sama kita nantikan pengumuman selanjutnya daripada pihak JPN kelak. Ketahui lebih lanjut mengenai fungsi asas IDN dengan tonton video di bawah.
TM pada minggu lalu turut memaklumkan pengguna unifi bakal menerima bil dengan paparan harga bayaran ‘lebih rendah’ pada bulan hadapan.
Pengguna unifi Dijangka Terima Bil Dengan Paparan Harga Bayaran ‘Lebih Rendah’ Pada Bulan Hadapan
Shell Recharge HPC Pertama Malaysia Secara Rasmi Dibuka Di Tangkak, Johor