Seperti yang kita sedia maklum beberapa sektor ekonomi termasuklah kedai gunting rambut serta makan di restoran bagi negeri-negeri Fasa 1 PPN telah dibenarkan oleh kerajaan pada minggu lalu. Kebebasan ini hanyalah tertakluk kepada mereka yang sudah menerima vaksin dengan dos lengkap sahaja.

Akan tetapi masih terdapat segelintir individu tertentu yang cuba mencari peluang untuk melanggar SOP yang akhirnya bakal membahayakan orang lain pula. Bagi mengatasi masalah tersebut, kerajaan telah melancarkan aplikasi Vaccine Certificate Verifier(VCV) untuk membaca kod QR yang terpapar pada sijil digital dalam aplikasi MySejahtera.

vocket-tech-news-sj-1
Sumger Gambar: Buletin Mutiara

Perubahan yang boleh dilihat pada versi terkini pada MySejahtera di iOS adalah corak kod QR berlainan diberikan untuk mereka yang telah menerima dua dos sementara versi Android pula masih belum dikemaskini bagi fungsi tersebut. Kod baharu hadir dengan titik yang lebih kecil dan tidak boleh oleh pembaca kod QR biasa yang terdapat pada aplikasi kamera.

Pada waktu yang sama aplikasi VCV boleh membaca kod QR lama yang dipaparkan pada peranti Android. Malahan, kod QR lama ini tidak lagi boleh dibaca oleh pembaca kod biasa dan akan memaparkan amaran kegagalan untuk pengesahan. Aplikasi VCV ini juga tidak membenarkan fungsi screenshot pada paparan informasi oleh pengguna.

vocket-tech-news-sj-3
Sumber Gambar: Aplikasi VCV

Agak mengejutkan apabila tiada sebarang pengumuman mengenai kewujudan kod QR baharu pada MySejahtera versi iOS ini dan hanya diketahui menerusi perkongsian laman LowYat.net. Dikatakan juga ia boleh menyokong kod QR sijil vaksinasi digital yang diberikan oleh Singapura dan Kesatuan Eropah.

Anda boleh memuat turun aplikasi CVC secara percuma pada peranti Android di Google Play, iOS di App Store dan Huawei di Huawei App Gallery. Kehadiran aplikasi ini sememangnya dapat memudahkan lagi pengesahan dibuat secara langsung oleh pemilik premis bisnes.

Tahukah anda juga boleh membuat pembelian kit ujian kendiri menerusi kemas kini terbaru MySejahtera.

Kemas Kini Terbaru MySejahtera Hadir Dengan Fungsi Pembelian Kit Ujian Kendiri

Wanita Ini Kongsi Cara Ubah ID MySejahtera Buat Pengguna Nombor Telefon Baharu

Sumber