Kenali PABJE, ‘Game’ Alternatif Untuk Pemain Tegar PUBG Di India

Permainan telefon pintar popular, PlayerUnknown Battleground (PUBG) secara rasmi telah diharamkan di India.

Keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan India mengharamkan lebih 118 aplikasi telefon pintar yang mempunyai kaitan dengan negara China atas faktor ‘keselamatan siber’, selepas pertelingkahan geopolitik antara kedua-dua negara berkenaan isu sempadan negara.

Keputusan untuk mengharamkan permainan popular tersebut adalah demi menjamin keselamatan negara daripada segala bentuk serangan termasuk serangan siber dari China, menurut kenyataan menteri teknologi India.

Disebabkan itu, pemain tegar PUBG terpaksa mencari alternatif untuk permainan kegemaran mereka dan tidak perlu tunggu lama kerana Player And BattleJung Ends (PABJE) ada untuk menawarkan pengalaman yang ‘hampir serupa’ seperti PUBG.

PABJE adalah permainan aplikasi pintar yang dibuat oleh seorang rakyat India, Dipak Kattikar dan telah berada di Google Play Store sejak 2019 lagi.

Dipak ada menulis kenyataan ini dalam ruangan penerangan permainan PABJE, “Winner Winner Chicken Dinner. Sila jangan baca ‘bad comment’ kerana versi terbaru permainan video ini sudah diperbaiki dan sila main dan sokong saya.”

Bagaimana pula dengan sambutan permainan PABJE ini? Ia mendapat rating ‘1 star’ daripada majoriti pengguna yang pernah bermainnya kerana grafiknya yang tidak cantik serta permainan yang langsung tidak fun seperti PUBG.

Namun disebabkan PUBG telah diharamkan, PABJE menjadi popular semula gara-gara ramai yang mahu mencuba permainan ini. Dalam masa yang sama, sebuah game developer di India, nCORE Game turut akan menghasilkan permainan PUBG mereka yang tersendiri yang akan dikenali sebagai Fearless And United Guards (FAU-G).

Walaupun sudah diharamkan, pemain PUBG masih boleh mengakses permainan berkenaan yang masih belum disekat sepenuhnya oleh kerajaan India. Sementara FAU-G masih dalam perancangan, nampaknya PABJE adalah hiburan yang ada untuk gamers di India bagi mengubat kerinduan kepada PUBG nanti.

Aplikasi lain yang telah diharamkan di India ketika ini termasuklah TikTok di mana India merupakan salah satu pasaran terbesar aplikasi tersebut di dunia. Anda yang berminat untuk cuba permainan video PABJE, boleh klik di sini.

Ini pula berita lain berkenaan dunia gaming PUBG. Klik pada pautan di bawah.

https://www.thevocket.com/suri-rumah-ini-jana-pendapatan-sebanyak-5-angka-sebulan-melalui-penstriman-permainan-video-pubg/

https://www.thevocket.com/rm295950-hangus-selepas-remaja-14-tahun-menjadi-mangsa-scam-rakan-pubg/

https://www.thevocket.com/pasukan-pubg-mobile-malaysia-ini-raih-rm172000-selepas-muncul-terbaik-asia-tenggara/

Exit mobile version