Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, penerimaan basikal elektrik sebagai alternatif pengangkutan di bandar dilihat semakin meningkat termasuklah di Malaysia. Syarikat pembuat basikal elektrik juga berlumba-lumba mahu menawarkan basikal kepada pengguna di seluruh dunia.
Menerusi perkongsian thread yang dibuat oleh @richardker di Twitter, beliau telah menceritakan tentang sebuah syarikat pembuat basikal elektrik tempatan, Beno yang berjaya menjual produknya di 70 buah negara di dunia. Mari kita kenali lebih dekat dengan pengasas dan juga basikal elektrik yang ditawarkan.
This futuristic electric bike doesn’t have any hub.
You see it on science fiction movies.
It’s Malaysian 🇲🇾 and they have sold it to 70 countries around the world.
Who are they? 👇🏼 pic.twitter.com/z0a9ZK6m0e
— Richard Ker (@richardker) April 30, 2022
Pengasas syarikat Beno atau nama penuhnya Be Innovative ini telah diasaskan oleh Alec Lim pada tahun 2016. Beliau telah menuntut di dalam bidang kejuruteraan pembuatan dan berkerja di syarikat terkemuka Motorola dan Keysight Technologies. Sebagai seorang yang minat berbasikal juga, maka terhasil basikal elektrik futuristik tersendiri.
Basikal Reevo Bike yang dihasilkan berjaya muncul sebagai basikal elektrik tanpa hab yang pertama di dunia. Menariknya, walaupun tanpa sebarang pembiayaan atau geran, mereka telah berjaya mengumpul sebanyak RM28.4 juta menerusi Indiegogo iaitu platform crowdfunding antarabangsa.
Dengan dana yang diterima tersebut mereka telah memuktamadkan reka bentuk basikalnya di pejabat R&D yang terletak di Seattle, Amerika Syarikat. Basikal itu pun sudah dalam fasa pengeluaran serta mulai dihantar kepada pelanggan mereka. Basikal ini sememangnya tampak eksklusif dan futuristik yang pasti menambat hati mereka yang melihatnya.
Bukan hanya rekaan yang menarik, malah ciri-ciri yang ditawarkan bersamanya membuatkan basikal ini tampil berbeza berbanding basikal elektrik yang sedia ada di pasaran. Antara ciri yang menarik disertakan termasuklah keupayaan anti-kecurian, pengecaman cap jari, kunci roda elektrik dan sensor gerakan.
Tambahan pula, basikal ini dilengkapi motor berkuasa 750W yang boleh mengharungi jarak sejauh 60km serta ia boleh menyokong berat sehingga 120kg. Dalam pada itu, basikal ini turut telah dibina dan dipasang sendiri di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Hal ini sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan dan berjaya membuktikan Malaysia juga mempunyai ramuan tersendiri untuk membina produk bertaraf dunia. Mereka mempunyai rakan kongsi untuk menjual dan mengedarkan basikal futuristik ke seluruh dunia.
Basikal ini hadir dengan tanda harga RM9,000.Pasukan pembuat basikal tempatan ini terdiri lebih daripada 20 orang dengan ibu pejabatnya di tanah air Malaysia. Mereka sangat bersemangat untuk membina sesuatu hebat yang menyumbang ke arah masa depan yang lebih bijak dan lebih berhubung.
Kini Malaysia terbukti berjaya membina produk yang bertaraf dunia. Pencapaian yang membanggakan pada tahun ini adalah basikal Reevo sedang dipamerkan bersama barisan produk futuristik antarabangsa lain di Museum of the Future, Dubai.
Syarikat pembuat basikal elektrik tempatan ini bukan sahaja mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa malah merevolusikan industri e-bike ke tahap yang lebih advance. Jadi, kini terbukti produk Malaysia bukan sahaja berkualiti malah digunakan secara meluas di serata dunia.
Ikuti juga kisah lapan usahawan teknologi yang berjaya dilahirkan dari Cyberjaya serta telah mengharumkan nama negara di persada dunia.
Didakwa Bandar Yang ‘Gagal’, Ini Bukti 8 Usahawan Teknologi Yang Berjaya Dilahirkan Dari Cyberjaya