Mula diperkenalkan sedekad lalu sebagai pengganti Windows Vista nampaknya Windows 7 bakal dihentikan kemas kini sekuriti pada Januari 2020.
Berikutan penawaran kemas kini yang bakal berakhir ini, para pengguna Windows 7 bakal menerima notifikasi lebih kerap selepas ini untuk menggunakan sistem operasi yang lebih baru daripada Microsoft seperti Windows 10.
Penawaran kemas kini dan penggunaan Windows versi terbaru ini secara tidak langsung bagi mengelakkan komputer anda mudah terpalit dengan ancaman virus atau serangan yang bakal menjejaskan komputer anda.
Untuk pengetahuan, kemas kini sekuriti Windows 7 sepatutnya berakhir pada 2014 iaitu lima tahun selepas pelancaran namun Microsoft telah melanjutkan tempoh sekuriti sehingga 2020 ini.