Aplikasi MySejahtera pada hari ini sudah digunakan secara meluas dalam penjejakan kontak individu serta menyimpan sijil vaksin bagi mereka yang sudah menerima dua dos suntikan penuh. Fungsi yang paling penting menerusi aplikasi MySejahtera sudah semestinya pengimbasan kod QR untuk mendaftar sebelum dibenarkan memasuki premis.

Terkini, menerusi kemas kini aplikasi MySejahtera yang akan diperkenalkan kepada umum nanti, ia akan menambah sebuah butang ‘Check-Out’ pada lokasi yang telah berdaftar. Apabila anda meninggalkan sesuatu lokasi atau premis, anda perlu menekan butang ‘Check-Out’ tersebut.

Langkah ini diambil bagi menambah baik proses penjejakan kontak individu dengan lebih terperinci dalam mengetahui masa yang diluangkan di dalam suatu premis atau lokasi berkenaan. Secara tidak langsung, pihak KKM boleh memberikan fokus penuh kepada individu yang berpotensi tinggi mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19.

Lanjutan daripada kemas kini ini juga, terdapat sokongan paparan status vaksin dan risiko yang boleh dilihat dengan jelas dan mudah. Selepas ini, setiap pemilik premis lebih senang memantau status individu yang ingin mendaftar masuk.

Lihat juga sebuah lagi kemas kini yang ditawarkan MySejahtera di mana paparan status vaksin dan risiko dapat dilihat dengan lebih mudah.

https://www.thevocket.com/selepas-tetapkan-harga-siling-rtk-kj-umum-permudahkan-lagi-paparan-mysejahtera/

Kemas Kini Terbaru MySejahtera Hadir Dengan Fungsi Pembelian Kit Ujian Kendiri

https://www.thevocket.com/mysejahtera-bakal-lancarkan-fungsi-pendaftaran-keluarga-selepas-12-mac/

Sumber