Kemas Kini iOS 16 Disahkan Tidak Lagi Menyokong Model iPhone 7 Dan Ke Bawah

Sudah pasti ramai yang menantikan kemas kini iOS 16 yang tampil pelbagai ciri menarik menerusinya. Kemas kini iOS 16 dijangka bakal ditawarkan kepada pengguna iPhone bermula September atau Oktober sebaik selesai fasa beta.

Bagaimanapun, dengan pengenalan sistem operasi baharu ini juga bermaksud Apple kebiasaannya bakal menamatkan sokongan untuk iPhone generasi lama. Menerusi iOS 16 kali ini, Apple turut menamatkan sokongan untuk beberapa model iPhone model terdahulu.

Sumber Gambar: Twitter

Antara model yang tidak disokong lagi dengan kemas kini iOS 16 adalah iPhone 6s, iPhone 6s Plus, iPhone SE (Gen 1), iPhone 7 dan juga iPhone 7 Plus. Sementara pengguna iPhone 8 dan ke atas masih  berpeluang untuk menikmati sistem operasi iOS 16 ini.

Penamatan ini juga mungkin disebabkan penggunaan cip yang lama sekaligus tidak boleh menjalankan perisian yang lebih berat sekaligus memperlahankan prestasi iPhone tersebut.

Kita sedia maklum keperluan cip pemprosesan yang lebih maju supaya sesuatu sistem operasi atau perisian boleh disokong dan juga dijalankan dengan lancar menerusinya.

Sebelum ini juga, sudah kedengaran spekulasi berkaitan sebanyak sembilan model Mac dengan cip Apple M2 bakal diperkenalkan pada tahun ini.

Apple Dijangka Akan Perkenalkan 9 Model Mac Yang Dikuasakan Oleh Cip M2

Apple AirPods Pro 2 Dijangka Akan Dilancarkan Menjelang Pertengahan Kedua 2022

Sumber
Exit mobile version