Kelajuan Purata Internet Mudah Alih Malaysia Dilaporkan Lebih Pantas Berbanding Indonesia

Internet mudah alih sudah menjadi satu keperluan asas buat semua orang untuk menyelesaikan pelbagai tugasan harian. Dengan tahap kepantasan internet yang sewajarnya para pengguna boleh menikmati pengalaman akses yang lebih lancar dan memuat turun atau naik fail besar dengan pantas.

Berdasarkan laporan tahunan Ookla yang dikongsikan, kelajuan purata internet mudah alih di Malaysia sudah mencapai 25.19Mbps pada kali ini ini. Perkara ini dilihat terdapat peningkatan sebanyak 0.63Mbps berbanding pada bulan Disember 2021 lalu.

Sumber Gambar: SpeedTest

Setakat ini, Malaysia telah menaiki satu tangga dengan kedudukan negara ke-72 terpantas sementara negara jiran iaitu Indonesia pula mengalami penurunan mendadak yang kini hanya menduduki tangga 113 dengan kelajuan purata mudah alih sekitar 15.9 Mbps sahaja.

Namun begitu, Malaysia masih lagi jauh ketinggalan di belakang negara jiran seperti Thailand, Singapura dan Brunei di mana kelajuan purata internet mudah alih di empat buah negara itu masing-masing direkodkan dengan kelajuan sekitar 32 Mbps sehingga 72.24Mbps.

Sumber Gambar: Speedtest

Dalam masa yang sama, negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) memiliki kelajuan purata internet terpantas di dunia dengan kelajuan mencecah 138.38Mbps, diikuti pula Norway dengan 119.12Mbps dan Korea Selatan direkodkan selaju 108.26Mbps. Secara global pula, kelajuan purata internet dunia ketika ini adalah pada kelajuan 29.55Mbps.

Seperti kita sedia maklum, Malaysia juga sudah mempunyai perancangan perlaksanaan pemasangan jaringan 5G secara meluas pada tahun ini. Dengan usaha ini, kita bakal menikmati kelajuan purata mudah alih yang lebih laju selepas ini dan sekaligus boleh duduk rapat dengan negara jiran yang lebih maju.

Pada tahun lalu, Jepun sudah berjaya memecah rekod internet pantas dunia yang mampu mencapai 319Tbps.

Jepun Catat Rekod Internet Terpantas Dunia Dengan 319Tbps

19 Negara Yang Mempunyai Kelajuan Internet 5G Terpantas Di Dunia

Sumber
Exit mobile version