Kejadian Thermomix Meletup Tahun 2016 Kembali Jadi Bualan Hangat Netizen

Sebelum ini tular akan kecanggihan mesin Thermomix yang berharga RM7,188 menjadi bualan orang ramai. Pasti ada daripada anda yang pertimbangkan untuk beli mesin Thermomix supaya dapat memudahkan kerja anda di dapur.

Akan tetapi, ada satu berita yang tidak sedap didengar kerana tular berita Thermomix memiliki defects lalu menyebabkan banyak kes kebakaran dan meletup berlaku ketika menggunakan mesin tersebut.

Menurut Dailymail, seorang wanita di Perth mengalami luka terbakar tahap dua di dada, lengan dan perutnya selepas Thermomix model TM31mengeluarkan bunyi pelik dan meletup secara mengejut serta terbuka sendiri ketika dia sedang menyediakan makan malam. Difahamkan kes tersebut berlaku pada Januari 2016.

Mangsa bernama Danika Jones mengatakan dia sedang memasak sos pasta menggunakan mesin itu, penutupnya terbuka secara tiba-tiba dan memercikkan cecair panas ke seluruh bahagian atas badannya. Sebelum kejadian berlaku, mesin mengeluarkan bunyi pelik dan bergetar.

Oleh itu, Danika Jones bertindak mematikan mesin tersebut dan ketika itulah ia meletup. Lantaran itu, Danika dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan lebih mengejutkan apabila kakitangan hospital mengatakan bahawa dia bukan pesakit pertama yang mengalami luka terbakar disebabkan oleh Thermomix TM31.

Kesan lecur Danika Jones. Sumber: Dailymail

Thermomix telah didenda sebanyak $4.6 juta (~RM2 juta) pada tahun 2018 kerana berbohong mengenai keselamatan produknya dan tidak memberi pembayaran balik apabila tuntutan dibuat. Walau bagaimanapun, kes tersebut melibatkan model Thermomix TM31 yang lama dan telah dilaporkan mempunyai masalah keselamatan.

Produk Thermomix TM31 tidak ditarik balik di Australia kerana produk tersebut berfungsi dan didapati kes yang berlaku sebelum ini kerana kecuaian tidak menukar rubber seal seperti yang dicadangkan oleh syarikat dan kemungkinan pengguna memasak melebihi had kuantiti yang dibenarkan.

Bagi model yang terbaharu seperti TM6 ini tiada kes melibatkan faktor keselamatan pernah dilaporkan. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah keselamatan sebelum menggunakan peralatan eletrik terutama berteknologi tinggi agar tidak berlaku perkara tidak diingini.

Jika anda terlepas untuk baca tentang mesin Thermomix, anda boleh klik pada pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

https://www.thevocket.com/thermomix-mesin-bernilai-rm7188-yang-jadi-mimpi-ngeri-buat-para-suami/?utm_source=thevocket&utm_medium=top10_homepage&utm_campaign=top10_posts

https://www.thevocket.com/resipi-dumplings-udang-viral-yang-mudah-dan-lazat-anda-boleh-cuba-di-rumah/

https://www.thevocket.com/resipi-hashbrown-cheese-lazat-pasti-buat-anda-terliur/

Sumber
Exit mobile version