Sekitar tahun lalu terdapat sebuah video yang berjaya menjadi viral kerana seorang lelaki tua ini bermain Pokemon Go dengan sembilan telefon pintar secara serentak. Pada orang ramai ianya sudah cukup mengangumkan bagaimana lelaki ini mampu memainkannya secara serentak.

Pada tahun ini, lelaki tua yang bernama Chen San-yuan sekali lagi berjaya membuatkan orang ramai teruja apabila beliau berjaya mengendalikan 22 telefon pintarnya semata-mata untuk bermain Pokemon Go. Lebih menarik, beliau telah meletakkan kesemua telefon pintarnya di atas basikal secara tersusun.

Berjaya menarik perhatian dunia baru-baru ini, syarikat telefon pintar ASUS nampaknya tidak menunggu lama sebelum memilih lelaki ini sebagai duta terbaru mereka. Pemilihan lelaki ini dilihat sebagai pilihan yang releven berikutan pelancaran model terbaru ASUS Zenfone Max Pro yang hadir dengan kapasiti bateri yang besar.

Strategi yang dipilih ASUS ini nampaknya sedikit berbeza berbanding syarikat-syarikat lain yang lebih cenderung mendapatkan para selebriti. Pastinya beliau kini tidak lagi perlu risau soal bateri apabila memainkan game kegemarannya.