Selepas timbulnya isu mengenai penyekatan jualan produk Huawei di Amerika dan penarikan semula lesen Android daripada Google, ramai pengguna peranti jenama ini di Singapura mengambil keputusan untuk menjual telefon mereka sebagai telefon terpakai.

Disebabkan terlalu ramai pengguna menjual semula telefon terpakai, kebanyakan kedai telefon di Singapura kini tidak lagi menerima belian jenama Huawei. Menurut sumber media tempatan, kedai telefon kini tidak lagi tidak menerima telefon terpakai Huawei disebabkan harga jualan semula tiada nilai lagi.

19211_1558422761_0
sumber: asia one

Itu yang terjadi ketika ini di Singapura. Mungkin tidak lama lagi di Malaysia perkara seperti ini juga akan berlaku? Apa pun kita tunggu dan lihat dahulu perkembangan terbaru krisis antara Huawei dan pihak Android serta Google ini.

Sumber