Berbaki beberapa bulan sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi siri iPhone 12, nampaknya sebuah lagi berita mengenai model terbaru Apple ini telah tertiris dimana kapasiti bateri pada siri iPhone 12 dijangka lebih rendah berbanding iPhone 11.

Difahamkan pemilihan Apple untuk mengurangkan kapasiti bateri adalah bagi mengurangkan saiz bateri pada bahagian dalam iPhone dalam menempatkan lebih banyak komponen lain termasuk rangkaian internet 5G.

Iphone-12-pro-model-comparison-img1
Sumber: Taskboot

Menerusi perkongsian MySmartPrice, keempat-empat bateri yang bakal ditawarkan merujuk kepada empat model terbaru siri iPhone 12 merangkumi iPhone 12, iPhone 12 Max, iPhone 12 dan iPhone 12 Pro Max.

Untuk pengetahuan, iPhone 11 Pro Max yang memiliki kapasiti bateri terbesar sebelum ini berjaya menjadi model iPhone dengan ketahanan bateri terpanjang iaitu lima jam lebih panjang berbanding iPhone XS Max.

iphone-6s-battery-size-1200×672

Pemilihan Apple untuk mengurangkan kapasiti bateri nyata kurang menyenangkan pengguna yang mengharapkan ketahanan bateri yang lebih panjang pada model terbaru. Selain itu, Apple juga dijangka tidak lagi menyertakan charger pada kotak iPhone terbaru.

Dalam pada itu, masih terlalu awal untuk mengesahkan ketahanan bateri siri iPhone 12 bakal lebih lama atau sebaliknya. Di samping saiz kapasiti bateri, kuasa processor yang cekap juga antara yang turut mempengaruhi ketahanan bateri iPhone dalam satu pengecasan penuh.

Lihat juga perbandingan saiz iPhone 12 berbanding model iPhone 7 dan SE. Turut dikongsikan, perancangan Samsung yang sedia mengikut jejak langkah iPhone dengan menyertakan charger.

https://www.thevocket.com/lihat-perbandingan-saiz-iphone-12-berbanding-model-iphone-7-dan-se/

https://www.thevocket.com/selepas-apple-samsung-dijangka-tidak-sertakan-charger-bersama-telefon-pintar/

Sumber