Kaodim merupakan sebuah laman carian perkhidmatan profesional berkaitan rumah anda seperti pertukangan, pembantu rumah, penyelanggaraan pendingin hawa dan banyak lagi sudah mengumumkan penutupan operasinya bermula 1 Julai ini.

Dengan langkah ini, operasi mereka bakal terjejas di sejumlah negara termasuklah Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina. Dalam nota yang dikongsikan oleh pengasas syarikat Choong Fui Yu, keseluruhan operasi terpaksa dihentikan kerana impak pandemik selama dua tahun.

Sumber Gambar: Kaodim

Peningkatan kos semasa, kekurangan tenaga kerja dan gangguan operasi ekoran pandemik menyebabkan jumlah pelanggan berkurangan yang mendorong kepada syarikat menanggung kerugian yang besar.

Selepas 30 Jun 2022 kelak, semua akaun dan data akan dipadam dan mana-mana tempahan perkhidmatan yang telah dilakukan untuk tarikh selepas itu memerlukan pengguna membuat pembayaran secara tunai terus kepada penyedia perkhidmatan tersebut.

Dalam pada itu, syarikat Apple juga dilaporkan mengalami masalah pengeluaran barisan iPhone 14 yang terjejas ekoran perintah berkurung di China.

Ekoran Perintah Berkurung Di China, Pengeluaran iPhone 14 Dijangka Bakal Terjejas

Ekoran Isu Kekurangan Cip Global, Kini Samsung Bakal Meningkatkan Harga Cip Sebanyak 20%

Sumber