Sudah menjadi keperluan buat orang ramai khususnya anak muda untuk menggunakan headphone sebagai teman travel. Acapkali para pengguna mendapatkan headphone berdasarkan rekaan serta kualiti yang bunyi yang ditawarkan.
Sebelum memilih sebuah headphone, anda dinasihatkan untuk mengetahui terlebih dahulu jenis-jenis headphone yang bersesuaian dengan gaya penggunaan anda. Perkara ini secara tidak langsung bakal membuatkan anda berpuas hati dengan pilihan anda.
Kali ini kami ingin mencadangkan kepada anda headphone daripada Panasonic. Mengapa Panasonic? Kerana jenama ini sudah lama menawarkan seleksi produk audio yang berkualiti tinggi serta tahan lasak sesuai untuk penggunaan anak muda kini. Berikut merupakan antara produk yang ditawarkan bersesuaian dengan kehendak pengguna.
1. Panasonic RP-HF410BE-K, pilihan terbaik buat anda yang gemar athleisure style
Sesuai dengan rekaannya yang sleek serta hadir tanpa wayar, headphone ini dikhususkan buat mereka yang mahu tampil bergaya dengan penggayaan athleisure style. Reka bentuk yang slim pastinya membuatkan headphone ini terletak di telinga anda dengan selesa walaupun anda sedang bergerak.
Selain itu, anda boleh mendapatkan headphone ini dengan lima pilihan warna menarik. Dengan berat hanya 130 gram, model ini menjadi pilihan buat mereka yang kerap travel berdasarkan keselesaan yang ditawarkan.
Nak tahu apa yang lebih best? Model ini mampu bertahan selama 24 jam untuk pengecasan penuh manakala quick charge selama 15 minit membolehkan model ini digunakan selama 3 jam. Dalam erti kata lain, memang tidak ada masalah untuk layan lagu atau movie dalam tempoh yang panjang menggunakan model ini. Model ini sedia untuk didapatkan dengan harga RM269 sahaja. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya. Sangat berbaloi!
2. Panasonic RP-HTX80B, headphone dengan gaya retro moden
Sekiranya anda seorang yang mementingkan gaya serta mahu tampil berbeza berbanding yang lain, Panasonic RP-HTX80B pastinya menjadi pilihan anda. Rekannya yang retro moden pastinya menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.
Tidak hanya dilengkapi dengan penyertaan kualiti audio yang menarik, model ini turut memfokuskan kepada keselesaan. Penggunaan material kulit sintetik juga memberikan kurang tekanan pada telinga serta sesuai digunakan pada tempoh yang lama. Memang sesuai sangat untuk digunakan ketika travel dengan fungsi playback selama 24 jam untuk pengecasan penuh atau 150 minit playback untuk 15 minit pengecasan secara quick charge.
Panasonic RP-HTX80BE sedia menjadi milik anda dengan harga RM389. Klik di sini untuk mendapatkannya secara online.
3. Panasonic RP-NJ310BE, earphone pilihan untuk golongan muda
Kami telah berkongsikan dengan anda tentang dua model headphone daripada Panasonic. Jadi, kami akan berkongsi dengan anda pula model earphone yang terbaik daripada Panasonic.
Model yang kami cadangkan adalah Panasonic RP-NJ310BE. Model ini merupakan model paling versatil untuk kegunaan harian anda. Sama ada untuk travel atau digayakan dengan athleisure style anda, semuanya serba boleh dengan model yang slim ini.
Hadir dengan warna yang menarik, model ini juga membolehkan anda guna dan menyimpannya dengan mudah. Berdasarkan fungsi playback selama 70 minit untuk 15 minit quick charge, kami yakin model ini pastinya menjadi peneman anda sewaktu pergi dan pulang daripada kerja setiap hari. Untuk pengecasan penuh pula, model ini mampu bertahan selama 6 jam.
Berdasarkan harga serendah RM189 di Club Panasonic, pastinya model ini merupakan pilihan yang berbaloi untuk dimiliki.
4. Panasonic RP-HTX20, earphone dengan gaya moden retro
Sekiranya anda mahukan sedikit penggayaan pada earphone anda dengan sentuhan moden klasik, Panasonic RP-HTX20 mungkin menjadi pilihan anda. Model ini dihasilkan daripada material aluminium, fabrik dan bahan-bahan lain yang berkualiti tinggi membolehkan audio yang dihasilkan juga sangat baik.
Seperkara yang kami sangat suka dengan model ini adalah rekaannya yang mudah dipakai dan tidak mudah jatuh. Memang tak stress memakainya. Juga menawarkan fungsi teknologi quick charge, pengecasan 15 minit membolehkan anda mendengar muzik 80 minit tanpa henti dan playback selama 8 jam 30 minit untuk pengecasan penuh. Sememangnya puas untuk melayan muzik dengan selesa tanpa risau hal hayat bateri.
Panasonic RP-HTX20 sedia dimiliki dengan harga serendah RM309 sahaja. Kesemua model ini boleh didapati secara atas talian terus melalui Shopee, Lazada atau Club Panasonic.
Sekarang ini merupakan masa terbaik untuk anda dapatkan produk audio daripada Headphone Club Panasonic. Sebabnya? Anda berpeluang menerima diskaun sebanyak 10% untuk semua produk headphone keluaran Panasonic beserta bekas air kaca yang premium untuk setiap pembelian.
Pastikan anda masukkan kod baucer ‘MUSICNOW’ sewaktu membuat pembelian di laman jualan rasmi Club Panasonic untuk berpeluang menerima diskaun hebat ini. Promosi ini berlangsung pada 16 September sehingga 23 September 2019.
Apa tunggu lagi? Ayuh dapatkan produk audio daripada Panasonic dengan diskaun hebat serta hadiah menarik untuk menikmati muzik dengan bergaya.