Sejak mula DxOMark diperkenalkan jenama-jenama seperti Huawei dan Samsung antara yang sering mengungguli carta ini. Menawarkan kamera yang canggih serta mampu menghasilkan imej yang terbaik membolehkan dua jenama ini menerima markah yang tinggi.
Untuk pengetahuan, DxOMark merupakan sebuah firma yang menguji kemampuan kamera telefon pintar serta memberikan markah dimana orang ramai berpeluang menilai kualiti telefon pintar berdasarkan markah yang diterima.
Terbaharu, nampaknya Xiaomi yang sinonim dengan penawaran telefon pintar mampu milik hadir dengan model terbaru iaitu Xiaomi CC9 Pro bagi pasaran China dan Mi Note 10 bagi pasaran antarabangsa.
Menariknya, model dengan bantuan lima kamera beserta sensor 108-megapixel ini berjaya diumumkan dan menerima markah DxOMark sebaris dengan telefon pintar yang menerima markah tertinggi setakat ini iaitu Huawei Mate 30 Pro.
Menerima markah 121 secara keseluruhan, Xiaomi CC9 Pro Premium Edition ini dilihat lebih cemerlang pada bahagian kualiti imej berbanding video sekaligus mengalahkan markah yang diterima Samsung Galaxy Note 10 dan Google Pixel 4 XL. Berikut merupakan sampel gambar yang diambil menggunakan Xiaomi CC9 Pro Premium Edition.
Dari segi spesifikasi, Xiaomi CC9 Premium Edition hadir dengan rekabentuk dan material yang premium dengan penyertaan skrin 6.47-inci Full HD+ dengan paparan AMOLED.
Penggunaan processor 730 dengan penggunaan RAM 6GB atau 8GB dengan ruang storan 128 atau 256GB berjaya membuatkan model ini berbaloi untuk dimiliki. Berikut merupakan review penuh DxOMark bagi model Xiaomi Mi CC9 Pro Premium Edition.
Seperti model Xiaomi yang lain, Xiaomi CC9 Pro Premium Edition dan Mi Note 10 dijangka mempunyai tanda harga yang mampu milik dan berbaloi untuk dimiliki berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan.
Di China Xiaomi CC9 Pro mula dijual dengan harga sekitar CNY 2,799 (RM1,651.20) manakala model dengan spesifikasi 8GB RAM dan 256GB ruang storan dijual pada harga CNY 3,499 (RM2,064.14). Setakat ini, Xiaomi Mi Note 10 sudah melepasi pengesahan SIRIM dan bakal ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi.
Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kamera Xiaomi Mi Note 10, anda klik pautan di bawah. Turut dikongsikan, jam tangan pintar yang baru sahaja dilancarkan Xiaomi.
https://www.thevocket.com/xiaomi-mi-note-10-bakal-diperkenalkan-dengan-lima-kamera-belakang-108-megapixel/
https://www.thevocket.com/apple-watch-versi-xiaomi-bakal-diperkenalkan-minggu-hadapan/