Apple dijangka sedia membawakan beberapa perubahan baharu menerusi siri iPhone 14 Pro seperti RAM yang lebih besar serta penggunaan cip A16 terbaharu padanya. Malah, iPhone 14 Pro juga dijangka bakal menampilkan rekaan yang lebih fresh bagi memberikan kelainan pada kali ini.

Menurut ciapan penganalisa Ming-Ching Kuo, iPhone 14 Pro secara khusunya bakal menggunakan sensor baharu sekaligus membawa kepada peningkatan saiz termasuk lensa 48-megapixel yang akan meningkatkan ketinggian bonggol sekitar 5% sehingga 10%.

Dengan penggunaan sensor yang lebih besar, ia dikatakan akan mendorong kepada saiz bonggol kamera yang lebih tebal berbanding yang sedia ada. Selain itu, pengguna juga dijangka boleh merakam video beresolusi 8K yang mana dilihat peningkatan sekali ganda berbanding iPhone 13 Pro hanya mampu merakam pada resolusi 4K ketika ini.

Bagaimanapun, perkara ini hanyalah spekulasi awal sahaja di kalangan penganalisa terkemuka dan sebarang perubahan rekaan hanya diketahui oleh pihak Apple sendiri. Apa yang pasti, model siri iPhone 14 Pro dijangka bakal menerima layanan istimewa pada kali ini kerana bakal hadir dengan sejumlah ciri menarik secara khusus padanya.

Sementara itu, iPhone 15 juga sudah mulai timbul spekulasi bahawa hadir dengan ketiadaan takuk serta kamera bawah skrin.

iPhone 15 Dijangka Hadir Dengan Ketiadaan Takuk Serta Kamera Bawah Skrin

Apple Dalam Perancangan Untuk Hasilkan Teknologi Pengecasan Menerusi Skrin iPhone Sahaja