Kajian Mendapati Pengguna Android Memandu Lebih Berhemat Berbanding Pengguna iOS

Bersempena Hari Raya kali ini, ramai orang merebut peluang untuk pulang ke kampung halaman setelah sekian lama tidak berjumpa. Maka, jumlah pengguna jalan raya juga semakin meningkat dan boleh lihat pelbagai gelagat setiap kenderaan yang berada di jalan raya sewaktu perjalanan.

Menerusi kajian Jerry iaitu syarikat perkhidmatan perbandingan insurans kereta di Amerika Syarikat mengatakan bahawa pengguna Android boleh memandu dengan lebih berhemat dan selamat berbanding pengguna iOS. Difahamkan pengguna Android mampu mencapai skor pemanduan selamat lebih tinggi daripada pengguna iOS.

Sumber Gambar: Jerry

Malah, pengguna Android dilihat sebagai pemandu yang lebih baik dan selamat kerana menunjukkan prestasi yang cukup baik secara keseluruhan di dalam enam kategori kajian itu. Skor keseluruhan ini termasuklah gangguan, kelajuan, pusingan, pecutan dan brek.

Untuk makluman, kajian ini berjaya menganalisis tabiat pemanduan individu lebih daripada 20,000 pemandu yang terlibat di Amerika Syarikat dengan jarak pemanduan mencecah 13 juta kilometer selama tempoh dua minggu.

Menariknya, pengguna Android berjaya mencapai markah lebih tinggi untuk pemanduan selamat tanpa mengira umur, jantina, status perkahwinan, pendidikan, dan penarafan kredit. Pengkaji juga percaya bahawa pemandu yang menggunakan peranti Apple lebih mengikut emosi berbanding pemanduan berpandukan peraturan.

Terdahulu, sebuah kajian mendapati pengguna konsol daripada jenama Xbox lebih cepat emosi berbanding pengguna PlayStation.

Kajian Mendapati Pengguna Xbox Lebih Cepat ‘Koyak’ Berbanding Pengguna PlayStation

Kajian Menunjukkan Malaysia Antara Negara Yang Mempunyai Pelan Netflix Termurah Di Dunia

Sumber
Exit mobile version