Tidak dinafikan peranti iPhone sering dikaitkan dengan harga yang terlampau mahal namun dengan sejumlah ciri menarik yang ditawarkan membuatkan ia berbaloi. Malah, peranti iPhone terbukti mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding mana-mana peranti Android.

Berdasarkan kajian terbaharu, hampir 49% pengguna Android mempertimbangkan untuk beralih ke iPhone. Hal ini berikutan ciri keselamatan dan privasi yang ditawarkan oleh Apple dilihat jauh lebih baik berbanding Android.

Sumber Gambar: Crast.net

Selain itu, tinjauan itu turut mendedahkan bahawa pengguna merasa lebih selamat menggunakan iPhone 13 Pro Max berbanding Samsung Galaxy S22 Ultra. Malah pada tinjauan yang dijalankan oleh Beyond Identity, seramai 1,003 di Amerika telah ditemu bual berkaitan tabiat dan sentimen keselamatan telefon pintar.

Bila bercakap berkaitan keselamatan sistem operasi, majoriti besar pengguna Apple merasa lebih selamat dengan iOS berbanding sistem operasi yang tersedia pada platform Android.

Malah dalam kajian yang sama, mereka mendapati sebanyak 33% pengguna Android dalam pertimbangan untuk menukar ke iPhone disebabkan ciri baharu yang bakal ditawarkan pada iOS 16. Antara ciri sekuriti yang dinantikan adalah ciri Lockdown mode iaitu perlindungan pada tahap ekstrem untuk pemilik peranti iOS.

Bagaimanapun, kajian sebelum ini mendedahkan fakta menarik bahawa pengguna Android memandu lebih berhemat berbanding pengguna iOS.

Kajian Mendapati Pengguna Android Memandu Lebih Berhemat Berbanding Pengguna iOS

Kajian Mendapati Berkerja Dalam Realiti Maya Menggurangkan Produktiviti Dan Lebih Stres