KUALA LUMPUR, 4 Ogos -- Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa bercakap ketika sidang media semasa menghadiri Program Ruang Bicara Khas terbitan Bernama TV di Wisma Bernama hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

K-KOMM Minta Berwaspada Dengan Pautan Permohonan Online PerantiSiswa Palsu Yang Tular

Seperti yang kita sedia maklum, para pelajar terpilih yang menuntut di kolej atau universiti boleh memohon tablet percuma menerusi program PerantiSiswa pada 15 April ini. Sementara tiba tarikh tersebut, kini didapati telah tular satu pautan semakan kelayakan PerantiSiswa di internet.

Terbaharu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KKOM) telah menafikan telah membuka permohonan program PerantiSiswa secara dalam talian. Perjelasan ini dibuat untuk memberi percerahan sebenar selepas pautan permohonan berkenaan tular di media sosial.

Pautan berkenaan akan membawa pengguna ke laman web Sistem Guru Online di mana merupakan  sebuah laman web yang mengkhususkan pada perkongsian sumber maklumat berkenaan pendidikan untuk guru dan ibu bapa.

Tan Sri Annuar Musa menjelaskan di Twitter bahawa Sistem Guru Online adalah laman web bebas yang tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan. Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk merujuk ke sumber rasmi terlebih dahulu berhubung maklumat yang diterima di media sosial.

Malah, beliau menambah lagi bahawa laman PerantiSiswa masih sedang dibangunkan dan hanya akan mula beroperasi pada 15 April 2022. Sehubungan dengan itu, para pelajar diingatkan untuk lebih berhati-hati dengan pautan palsu yang tular di media sosial yang tidak diketahui sumber asalnya.

Pada Isnin lalu, Tan Sri Annuar Musa juga telah berkongsi gambar tablet yang dijangka akan diterima oleh para pemohon menerusi program PerantiSiswa.

K-KOMM Beri Bayangan Tablet Yang Bakal Ditawarkan Menerusi Program PerantiSiswa

Dijamin Spesifikasi Minimum 4GB RAM, Permohonan PerantiSiswa Bakal Dibuka Pertengahan April Ini

Exit mobile version