Sehingga ke hari ini, kerajaan masih dalam usaha meningkatkan infrastruktur telekomunikasi di kawasan-kawasan terpencil atau pun yang sedang membangun. Bukan hanya mahu memberikan fasiliti yang setaraf seperti orang lain, malah sudah menjadi satu keperluan umum pada era ini.

Oleh itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini telah menyatakan jaminan bahawa bakal memberikan keutamaan tinggi kepada Sabah dalam perancangan pembangunan telekomunikasi negara.

Sumber Gambar: The Star

Menurut TS Annuar Musa, Sabah adalah negeri yang sangat kaya dengan kreativiti serta keupayaan untuk mengetengahkan pelbagai karya industri kreatif.  Dengan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan, ia bakal menyediakan sejumlah besar dana dalam pembangunan telekomunikasi untuk pelbagai negeri seperti program JENDELA.

Bukan itu sahaja, beberapa kaedah turut diuji dalam memperluaskan lagi rangkaian internet di kawasan pedalaman termasuklah penggunaan internet berasaskan satelit. Malah, syarikat telekomunikasi seperti Celcom turut memberikan perhatian kepada pembangunan rangkaian di Sabah pada kali ini.

Selain di Sabah, kerajaan Kelantan juga telah menggumumkan tentang pengunaan satelit untuk tingkatkan jaringan internet di kawasan sekitar.

Mahu Tingkatkan Jaringan Internet, Kerajaan Kelantan Umum Penggunaan Satelit

Satelit Internet Starlink Mungkin Ditawarkan Di Malaysia Seawal Tahun 2023