Pembayaran secara cashless atau tanpa tunai sememangnya memudahkan pelbagai urusan lebih-lebih di dalam pandemik ini. Para pengguna pada hari ini dilihat lebih selesa berbuat sedemikian sekaligus boleh menggurangkan kontak rapat serta mempercepatkan sesuatu urusan.
Terbaharu, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis kini mengumumkan mereka bakal melaksanakan sistem pembayaran secara cashless di sekolah-sekolah di negeri berkenaan bermula akhir tahun ini.
Menerusi langkah ini, para pelajar tidak perlu membawa wang tunai lagi malah hanya perlu menggunakan sebuah kad khas untuk membuat pembayaran secara cashless. Kad berkenaan boleh digunakan secara meluas seperti di koperasi, kantin, pejabat dan turut boleh digunakan untuk pinjaman buku kelak.
Dalam masa yang sama, kad tersebut juga akan dikreditkan dengan bantuan untuk memudahkan urusan jual-beli serta pengurusan kewangan buat pelajar dari keluarga B40. Selain itu, sasaran sistem ini diperkenalkan juga untuk mendidik pelajar supaya memahami pengurusan kewangan dan galakkan yang akhirnya memberi kesan mendalam kepada mereka.
Sebelum ini juga, sebuah syarikat tempatan berjaya bangunkan lencana QR yang pertama di dunia untuk mudahkan urusan rekod kehadiran pelajar.
Pertama Di Dunia, Penggunaan Lencana QR Mudahkan Urusan Rekod Kehadiran Pelajar
K-KOMM Sedia Peruntukkan RM4 Bilion Bagi Pemasangan Gentian Optik Di Sekolah