Pelakon terkemuka dunia iaitu Johnny Deep baru sahaja menyumbangkan hasil jualan NFT beliau kepada beberapa badan amal yang terpilih di Amerika Syarikat. Depp melancarkan koleksi NFT pertamanya yang berjudul Never Fear Truth pada awal tahun ini sebelum perbicaraan mahkamah bersama Amber Heard di FairFax, Virginia.

Difahamkan beliau telah berjaya meraih sebanyak $800,000 (~RM3.4 juta) yang mana kemudian diagihkan kepada beberapa badan amal termasuklah The Children’s Hospital of Los Angeles, Perth Children’s Hospital Foundation, Great Ormond Street Hospital Children’s Charity dan the Children’s Hospital of Los Angeles.

Sumber Gambar: Web3Wire

Difahamkan keempat-empat hospital ini sepatutnya menerima sumbangan sebanyak $7 juta (~RM30.9 juta) daripada Amber Heard seperti yang dijanjikan selepas selesai penceraian pada tahun 2016. Namun, beliau gagal untuk berbuat sedemikian yang mana kemudiannya Depp pula yang menyumbang sebahagian hasil jualan NFT pada badan amal yang dinyatakan.

Dalam pada itu, antara punca kejayaan jualan NFT Depp ini adalah disebabkan karakter beliau sendiri yang sangat baik walaupun difitnah oleh bekas isterinya, Amber Heard malah sangat diminati oleh peminatnya akan watak ikonik yang dimainkan pada filem Pirate of The Carribeans.

Walaupun NFT sering dilihat negatif oleh segelintir orang, sebenarnya ia juga boleh dijadikan sebagai medium sumbangan alaf baharu. Ini bukanlah kali pertama memandangkan sebelum ini juga pernah dilakukan oleh kerajaan Ukraine sewaktu berlaku krisis pergolakkan bersama Rusia baru-baru ini.

Di Malaysia, komuniti NFT tempatan berjaya mengumpul lebih RM45,000 dalam tempoh singkat untuk membantu mangsa banjir.

Mahu Bantu Mangsa Banjir, Komuniti NFT Tempatan Berjaya Kumpul Lebih RM45,000 Dalam Tempoh Singkat

YB Syed Saddiq Bakal Membuat Lelongan NFT Bagi Mengumpul Dana Buat Mangsa Banjir