Sudah menjadi kebiasaan di mana setiap pemilik bisnes restoran mahukan bisnes yang bukan sahaja cekap dan efisien malah menjimatkan kos operasi. Hal ini turut membuatkan pemilik bisnes terpaksa mencari cara altenatif dalam memenuhi keperluan restoran yang dibanjiri dengan pelanggan.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook iaitu Fahmie Abu Bakar tampil berkongsi komen daripada pemilik Sate Rono iaitu Farra Madeena yang mengongsikan perubahan di restorannya dari segi kos operasi selepas menggunakan dua robot pelayan yang popular di kebanyakan restoran pada ketika ini.

Menurut pemilik Sate Rono, sebuah robot pelayan ini bernilai sekitar RM43,000 di mana beliau telah membayar secara ansuran iaitu RM1,400 sebulan selama 30 bulan.

Difahamkan beliau tidak membuat tinjauan robot pelayan syarikat lain kerana mahu mendapatkannya secepat mungkin. Selain itu, penjual robot pelayan yang sangat membantu serta servis selepas pembelian yang mantap antara yang membuatkan beliau mendapatkan robot pelayan daripada Secure Robotics.

Berbincang mengenai ‘tugasan’ robot pelayan, beliau mengesahkan robot ini tidaklah sempurna namun masih membantu mereka dalam menjalani operasi di restoran.

Dalam erti kata lain, robot pelayan ini mampu menyelesaikan tugas melibatkan penghantaran makanan dan minuman manakala tugasan mengemas meja masih lagi memerlukan khidmat pekerja. Kemampuan robot ini untuk mengelak objek juga dikatakan agak bagus malah dulang robot yang besar sangat membantu pihak mereka.

Pemilik juga turut memaklumkan mengubah cara membuat tempahan di restoran mereka daripada pelanggan mengisi tempahan pada kertas, kemudiannya diberikan kepada pelayan seterusnya dimasukkan kepada sistem kepada cara yang lebih ringkas.

Menerusi cara terbaru, para pelanggan berpeluang menempah makanan menerusi kod QR yang tersedia pada meja serta boleh terus membuat bayaran sebelum pihak dapur menerima tempahan pelanggan dan dihantar oleh robot pelayan.

Sebagai perbandingan, restoran mereka berjaya memuat 300 pelanggan dalam satu masa di mana mereka memerlukan sehingga 10 hingga 14 pekerja pelanyan termasuk juruwang dan tukang key-in order untuk menjalani operasi dengan baik.

Dalam pada itu, segalanya berubah dengan kehadiran dua robot pelayan di mana operasi restoran mampu dijalankan dengan hanya tiga pekerja beserta dua robot sahaja.

Perbandingan kos operasi

Sumber: facebook sate rono – bandar kajang

Mengulas mengenai kos operasi, beliau memaklumkan penggunaan dua robot pelayan ini mampu membuatkan mereka berjaya berjimat sehingga lebih RM10,000 sebulan dengan penguran lima orang pekerja manakala kos bayaran ansuran bulanan sebuah robot hanyalah RM2,800 bagi dua unit.

Melihat kepada penjimatan kos operasi yang mendadak berdasarkan penggunaan robot pelayan yang dilihat sebagai lebih efisien, pastinya memberi kelebihan buat pemilik restoran untuk menggunakan servis robot pelayan ini.

Ketahui juga mengenai syarikat Beno, sebuah syarikat basikal elektrik tempatan serta yang sudah berjaya menjual basikal mereka di 70 buah negara.

Kenali Beno, Syarikat Basikal Elektrik Tempatan Yang Sudah Berjaya Terjual Di 70 Buah Negara

Lelaki Ini Kongsi Punca Kamera iPhone Bergegar Dan Kesannya Jika Tidak Ditukar Segera