Pada Julai 2021 lalu, JDT sudah mengumumkan idea NFT mereka dalam menyertai arena kripto dengan menawarkan sejumlah karya digital bersama manfaat buat peminatnya. Ini sekaligus merupakan salah satu perkembangan baik untuk industri kripto tempatan yang kini mulai mempunyai jumlah pengguna yang ramai.

Terbaharu, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dilaporkan kini sedang dalam proses akhir untuk memuktamadkan dan bakal mengumumkan sebanyak dua projek menarik di bawah payung JDT Digital. Projek ini merangkumi ‘JDT Fan Token’ dan ‘JDT NFT Marketplace’ bersama dua syarikat antarabangsa dengan penjanjian nilai mencecah jutaan ringgit.

Sumber Gambar: Facebook Johor Southern Tigers

Perbincangan sudah pun dilakukan bersama-sama syarikat antarabangsa yang besar dalam industri bagi memastikan kelab JDT dapat mereliasasikan program yang dirancang dengan baik bersama produk premium dan bernilai kepada penyokong. Hal ini sangatlah penting kerana mahu mencapai standard yang telah ditetapkan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Projek pertama yang dimaksudkan adalah JDT NFT Marketplace di mana membolehkan para penyokong mengumpul koleksi karya seni yang diinspirasikan oleh kelab tersebut dengan setiap token dimiliki akan memberi pelbagai kelebihan yang unik dalam penglibatan bersama-sama kelab terkemuka Asia Tengara ini.

Selain daripada mengumpul NFT JDT, penyokong juga berpeluang menikmati pengalaman sekali seumur hidup seperti hospitaliti VIP, pengalaman unik bersama pemain dan mempunyai akses kepada memorabilia JDT yang eksklusif.

Projek NFT JDT ini tampil berbeza berbanding projek yang dibuat oleh segelintir kelab lain kerana menawarkan gamifikasi dan faedah dunia sebenar menerusi karya seni dan token-token tersebut.

Menerusi JDT Fan Token pula, pendapat penyokong bakal lebih didengari kerana penyokong boleh mengundi dalam beberapa keputusan bukan berkaitan teknikal kelab berserta menerima hadiah dan promosi eksklusif yang tidak dapat dibeli dengan wang. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi bagi kedua-dua projek NFT yang cukup menarik ini.

Sebelum ini, Selangor FC telah muncul sebagai kelab bola sepak pertama Malaysia dengan menawarkan karya digital melalui platform OpenSea dan Pentas.

Selangor FC Muncul Sebagai Kelab Bola Sepak Pertama Malaysia Tawarkan Karya NFT

Lionel Messi Terima Kriptowang Menerusi Perpindahan Ke PSG

Sumber