Kumpulan advokasi pengguna baru-baru ini telah melakukan ujian ke atas beberapa telefon pintar keluaran Apple, Sony, HTC, Nokia dan Samsung. Melalui ujian tersebut, model telefon pintar iPhone didapati mempunyai hayat bateri yang lebih pendek daripada yang diiklankan.
Berdasarkan percubaan, Apple mengesahkan iPhone XR mempunyai ketahanan bateri selama 25 jam dengan kapasiti bateri 51 peratus. Walaubagaimanapun, keputusan ujian menunjukkan sebaliknya dimana model ini cuma bertahan selama 16 jam dan 32 minit untuk kapasiti bateri yang sama.
Jelas terbukti bahawa peranti iPhone mampu bertahan dalam jangka hayat yang lebih pendek berbanding beberapa peranti lain yang turut diuji.
Model keluaran Nokia, Sony dan Samsung pula didapati mampu bertahan lebih lama daripada apa yang diiklankan. Sony Xperia Z5 Compact yang turut diuji mampu bertahan selama hampir 26 jam lebih lama meskipun ianya hanya diiklankan mampu bertahan selama 17 jam sahaja.
Walaubagaimanapun, pihak Apple menegaskan bahawa mereka telah melalukan ujian yang ketat terhadap produk keluaran mereka. Dalam pada itu, pihak Apple juga berkata mereka telah menetapkan tahap maksimum untuk sistem pintar pada peranti mereka supaya dapat digunakan dengan jangka hayat bateri yang lebih lama.