Nama Jack Sweeney pernah menjadi sensasi di media sosial kerana mempunyai kebolehan menjejaki lokasi jet peribadi sejumlah bilionair. Malah, beliau telah menolak tawaran sejumlah wang dan kereta Tesla yang diminati daripada Elon Musk sebelum ini.

Terbaharu, Jack Sweeney bersama Mark Cuban telah mencapai kata sepakat untuk menghentikan perkongsian lokasi jet di akaun Twitter @MCubansJet. Akaun tersebut dikesan sudah wujud sekitar empat bulan lamanya di platform tersebut. Jack Sweeney telah bersetuju dengan tawaran menarik yang dibuat oleh bilionair itu.

Sumber Gambar: Insider

Antara tawaran yang diterima termasuklah menerima sokongan perniagaan seandaianya Jack suatu hari nanti berkecimpung dalam bidang tersebut malahan menjadi sahabat seumur hidup selepas ini. Mark memberikan e-mel beliau supaya hubungan mereka dapat diteruskan dan jika Jack perlukan nasihat perniagaan pada masa depan.

Namun, Jack tidak berpuas hati dan kemudian meminta untuk bertemu dengan Mark Cuban pada perlawanan Dallas Mavericks musim depan. Mark turut bersetuju namun tidak diperincikan waktu yang dimaksudkan. Bilonair ini juga mengatakan akan berpegang pada janjinya dan tidak akan mengambil tindakan lanjut terhadap Jack jika berhenti menjejak jetnya.

Sumber Gambar: Insider

Difahamkan akaun dengan pengikut sekitar 3,000 tersebut tidak dipadam sebaliknya hanya menghentikan perkongsian lokasi jet. Namun, perkongsian lokasi jet Mark masih diteruskan pada platform Discord.

Sementara Jack pula menyatakan beliau tidak merasa bersalah terhadap tindakannya berkongsi jet bilionair dan tokoh terkemuka memandangkan data-data tersebut sudah tersedia untuk umum menerusi ADS-B Exchange. Maklumat yang diterima hanya dikongsi semula menerusi automasi bot yang dibuat secara automatik di akaun Twitter.

Pada Februrari lalu, seorang remaja mendakwa mampu mengodam lebih 25 buah kereta Tesla dari 13 buah negara.

Baru Sahaja 19 Tahun, Remaja Ini Dakwa Mampu Godam Lebih 25 Kereta Tesla Dari 13 Buah Negara

Penggodam Dilaporkan Boleh Eksploitasi Pepijat Untuk Ambil Alih Kereta Honda Anda