16 tahun bertugas sebagai CEO Twitter, siapa sangka Jack Dorsey pada hari ini selaku pengasas bersama Twitter telah mengumumkan perletakan jawatan secara rasmi.

Keputusan beliau untuk meletak jawatan dibuat selepas mendapati sudah sampai masanya Twitter diketuai oleh individu lain di mana Parag Agrawal selaku CTO Twitter bakal mengambil alih tempat beliau sebagai CEO.

Difahamkan Parag Agrawal sebelum ini antara individu yang diberi kepercayaan dalam menawarkan pelbagai perkara baharu yang tersedia pada Twitter kini.

Sumber: pipa news

Kedudukan Jack Dorsey sebagai badan pengarah syarikat masih lagi dikekalkan dalam membantu CEO baru membiasakan dirinya dengan kedudukan baru. Beliau juga turut memaklumkan akan meninggalkan Twitter sepenuhnya menjelang Mei tahun 2022 kelak.

Sementara itu, terdapat ura-ura di mana Jack Dorsey mungkin akan memfokuskan diri beliau membangunkan teknologi Bitcoin berdasar kenyatannya sebelum ini. Sama-sama kita nantikan secara rasmi langkah terbaru daripada individu berpengaruh ini.

Ketahui juga 5 permainan kripto yang boleh dicuba dalam meraih pendapatan sampingan sambil berhibur.

5 Permainan Kripto Yang Anda Boleh Cuba Untuk Jana Pendapatan Sampingan

3 Sebab Wanita Ini Tidak Setuju Canva Digunakan Untuk Hasilkan Grafik Profesional