Seperti tiada titik noktah perbalahan antara syarikat Twitter dan bilionair terkemuka, Elon Musk ekoran mahu memastikan ketelusan dalam pemilikan platform tersebut. Perkara ini sekaligus menjadi persoalan buat pengguna bagaimanakah haluan Twitter untuk tahun mendatang.

Menerusi perkongsian terbaharu oleh pengasas Twitter sendiri iaitu Jack Dorsey telah mengatakan kekecewaan terbesar beliau ialah perkhidmatan media sosial ini menjadi sebuah syarikat.

Dalam jawapan yang diberikan di Twitter, Dorsey mengatakan Twitter sepatutnya menjadi protokol seperti e-mel. Apabila Twitter menjadi suatu protokol, tiada satu syarikat atau negara yang boleh mengawal atau terikat seperti apa yang telah berlaku kepada Twitter pada ketika ini.

Syarikat Twitter ketika ini berada dalam fasa genting kerana menerima pandangan negatif ekoran lontaran kenyataan yang dibuat oleh Elon Musk. Maka, harga saham syarikat terus menurun sekaligus menggugat posisi platform tersebut untuk terus bertahan dalam jangka masa panjang.

Sebelum ini, Jack Dorsey juga mengesahkan tidak berminat untuk menjadi CEO Twitter sekali lagi.

Jack Dorsey Sahkan Tidak Berminat Untuk Menjadi CEO Twitter Sekali Lagi

Twitter ‘Gembira’ Selepas Facebook, Instagram Dan WhatsApp Gagal Diakses Pengguna