iPhone SE Disahkan Menggunakan Semula Hampir Kesemua Komponen iPhone 8

Pada minggu lalu, Apple telah melancarkan model terbaru mereka iaitu iPhone SE. Model ini hadir dengan rekaan seakan iPhone 8 namun dilengkapi dengan processor Apple A13 Bionic seakan iPhone 11 Pro. Menariknya Apple telah berjaya menawarkan iPhone SE generasi terbaru ini dengan harga yang mampu milik.

Di sebalik perkongsian rekaan bersama iPhone 8, siapa sangka Apple ternyata berjaya jimat lebih masa serta mengurangkan kos research and development (R&D) dengan menggunakan semula hampir kesemua komponen iPhone 8.

Komponen-komponen yang digunakan semula terdiri daripada bateri, skrin dan rekaan luaran. Walau bagaimanapun, model ini turut diberi spesifikasi yang lebih baik dengan penyertaan processor A13 Bionic, modul Wi-Fi dan modem, RAM yang lebih besar serta sensor kamera yang lebih baik.

Melihatkan strategi Apple yang menggunakan semula komponen iPhone terdahulu, pastinya perkara ini dapat menjimatkan Apple sekaligus menjadi punca bagaimana Apple mampu menawarkan model ini dengan harga serendah RM1,999. Penggunaan komponen yang sama juga membolehkan para pengguna iPhone SE generasi terbaru mudah membaiki iPhone ini sekiranya rosak.

Sebelum anda mendapatkan iPhone SE, pastikan anda tonton dahulu review penuh iPhone SE daripada YouTuber terkenal ini.

https://www.thevocket.com/review-iphone-se/

https://www.thevocket.com/jual-iphone-11-rm600-dengan-niat-bersedekah-scammer-tidak-berjaya-tipu-netizen/

Sumber
Exit mobile version