Model iPhone SE sehingga ke hari ini menjadi pilihan orang ramai kerana mahukan peranti kompak dalam masa yang sama harga berpatutan. Pasti ramai tertanya-tanya jika iPhone SE generasi ke-4 bakal hadir dengan rekaan yang baharu atau sebaliknya.

Menurut Jon Prosser, iPhone SE 4 akan datang bakal hadir dengan rekaan yang sama seperti iPhone XR. Seperti iPhone SE 2022, pihak Apple menggunakan semula rekaan sama yang terdapat pada model iPhone 8 sebelum ini. Jadi, kebarangkalian tinggi mereka akan berbuat sedemikian pada iPhone SE 4 kelak.

Sumber Gambar: engadget

Dengan spekulasi ini, kita boleh menjangkakan iPhone SE 4 bakal hadir dengan skrin LCD berukuran 6.1-inci yang sekaligus satu peningkatan ketara dari segi saiz dan bateri juga dikatakan akan dibekalkan dengan saiz yang lebih besar.

Dari segi kamera pula, iPhone SE 4 mungkin akan menggunakan sensor yang sama seperti iPhone XR dengan penambahan perisian yang lebih baik seperti Night Mode. Selain itu, cip juga mungkin akan menggunakan A15 sahaja kerana dakwaan sebelum ini yang mengatakan iPhone 14 tidak akan disertakan cip bionik baharu.

Hal ini sekaligus menandakan penamatan era iPhone SE skrin bersaiz kecil dan tidak mempunyai butang Home seperti dahulu lagi. iPhone SE 4 juga dijangka akan dilancarkan pada awal tahun 2023 kelak. Sama-sama kita nantikan informasi lanjutan berkaitan iPhone SE 4 yang akan dikongsikan oleh Apple kelak.

Spekulasi terbaru mengenai iPhone 14 pula dijangka akan hadir dengan ciri sambungan satelit untuk memudahkan panggilan kecemasan.

Apple iPhone 14 Dijangka Bakal Hadir Dengan Ciri Sambungan Satelit

Apple Dijangka Menggunakan Kaca Zirconia Yang Lebih Tahan Lasak Untuk iPhone Dan Apple Watch