Peningkatan pembuangan hasil sisa elektronik pada saban hari telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk mengatasinya. Antara yang pihak yang sangat komited dalam isu tersebut adalah Kesatuan Eropah di mana mereka telah mengambil langkah untuk menyeragamkan sistem pengecasan sejak kebelakangan ini.

Kini Kesatuan Eropah (EU) telah mencadangkan kepada semua syarikat pengeluar peranti untuk hanya menggunakan kabel pengecas berasaskan USB-C bagi pengecasan berwayar sahaja. Peranti yang dimaksudkan termasuklah telefon pintar, konsol permainan, kamera, tablet dan sebagainya.

Menerusi langkah yang dibuat, setiap peranti yang ditawarkan di negara-negara di bawah Kesatuan Eropah perlu menggunakan wayar pengecas jenis USB-C. Tujuan pihak EU menetapkan pelarasan polisi pengecas yang baharu disebabkan mahu menjaga alam sekitar serta menggurangkan pembaziran terhadap pengguna.

Tambahan pula, boleh dilihat majoriti syarikat pengeluar peranti Android sudah menawarkan pilihan pengecas berasaskan USB-C kepada peranti mereka yang mana secara tidak langsung tidak terkesan dengan penetapan polisi tersebut. Sebaliknya buat Apple, perkara ini bakal memberikan impak yang besar kepada penawaran peranti iPhone.

Sumber Gambar: 9to5mac

Sehingga ke hari ini, peranti iPhone masih disertakan dengan kabel pengecas berasaskan Lighting. Agak mengejutkan kerana peranti Macbook dan iPad sudahpun menggunakan kabel pengecas jenis USB-C. Hal ini sekaligus memerlukan pihak Apple membuat perubahan kepada peranti iPhone sekiranya mahu terus menawarkan iPhone di negara-negara yang berkaitan.

Terdapat dua kemungkinan yang kita bakal lihat daripada Apple sama ada menawarkan peranti iPhone dengan kabel pengecas USB-C ataupun hadir dengan rekaan iPhone tanpa sebarang port pengecas yang hanya menyokong pengecasan menerusi wireless. Hal ini sekaligus menjadikan Apple tidak terikat dengan polisi tersebut.

Setakat ini, cadangan ini akan mengambil masa beberapa tahun sebelum ianya mula digunakan secara rasmi. Pihak Kesatuan Eropah perlu mendapatkan persetujuan daripada negara-negara di bawah mereka terlebih dahulu.

Antara ura-ura yang sedang tular berkaitan iPhone adalah ianya bakal ditawarkan dengan kebolehan boleh lipat menjelang tahun 2023.

Apple Mungkin Perkenalkan iPhone Boleh Lipat Menjelang Tahun 2023

Tim Cook Dijangka Letak Jawatan Menjelang 2025 Selepas Pelancaran Sebuah Produk Kategori Baru

Sumber