Mungkin agak ironi apabila sebuah syarikat yang berasal dari Amerika Syarikat menawarkan sesuatu yang berbeza di negara luar namun tidak di negara sendiri.
Berdasarkan laporan daripada MacRumors, Apple dilaporkan sedang bercadang untuk melancarkan Apple iPhone terbaru dengan harga yang lebih rendah khusus buat pasaran China.
Difahamkan penggunaan sensor pengimbas cap jari dalam skrin yang lebih rendah berbanding teknologi Face ID secara tidak langsung dapat mengurangkan kos penghasilan Apple iPhone.
Kenapa China?
Sekiranya model terbaru iPhone berjaya disertakan dengan spesifikasi yang menarik namun menyertakan teknologi pengimbas cap jari dalam skrin pastinya orang ramai diluar China juga mahukannya.
Dikatakan rancangan Apple ini seiring dengan perang dagang diantara Amerika Syarikat dan China dimana harga Apple iPhone dijual dengan harga lebih mahal di negara tersebut. Bagi meningkatkan penjualan iPhone seiring dengan jumlah pasarannya yang besar Apple berminat untuk melancarkan iPhone dengan harga yang lebih rendah.
Setakat ini masih belum diketahui sama ada pelan ini bakal dijayakan pada tahun ini mahupun tahun hadapan. Sama-sama kita nantikan pelancaran Apple iPhone keluaran terbaru yang dijangkakan pada bulan September ini.