Sejak akhir-akhir ini, ura-ura mengenai Apple iPhone terbaru yang hadir dengan harga mampu milik seakan membuatkan orang ramai tidak sabar untuk menjadi yang terawal untuk mendapatkannya.

Ura-ura ini dikuatkan lagi selepas Apple sekali lagi pada tahun ini bakal mengadakan sebuah atur cara pada bulan 31 Mac ini yang dilaporkan bakal menjadi pentas untuk pelancaran yang bakal dinamakan sebagai iPhone 9 atau iPhone SE2.

iphone_8_review_16

Apple iPhone 9 dijangka bakal menyertakan processor Apple A13 Bionic iaitu processor yang sama digunakan pada iPhone 11 Pro serta hadir dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding model iPhone yang lain.

Lebih menarik, Apple nampaknya tidak mahu menunggu lama untuk menjual iPhone 9 dimana orang ramai boleh mulai menempah seawal 3 April ini.

maxresdefault (2)
Sumber: YouTube MKBHD

Selain iPhone 9, Apple juga dijangka bakal melancarkan model terbaru iPad Pro. Apple iPad Pro pula dijangka hadir dengan beberapa pembaharuan terbaru termasuk penyertaan kamera 3D ToF beserta tiga kamera belakang seperti iPhone 11 Pro.

Diharap atur cara yang dinantikan ramai dapat diteruskan dengan jayanya serta bebas daripada wabak Covid-19 yang bakal mengancam kesihatan orang ramai.

Pastinya ramai yang tidak sabar untuk mendapatkan iPhone 9 apatah lagi mengetahui harganya yang bakal ditawarkan di bawah RM2,000. Klik pautan di bawah untuk mengetauhi lebih lanjut.

https://www.thevocket.com/iphone-9-mungkin-ditawarkan-dengan-harga-sekitar-rm1600-sahaja/

https://www.thevocket.com/kerana-coronavirus-kerajaan-jepun-hadiahkan-2000-iphone-buat-penumpang-kapal-persiaran/